” Bijaknya Adam, lancar sebutan dia, Alhamdulillah.. ” – Netizen

Video Anak Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Adam Membaca Doa Selepas Solat Buat Ramai Yang Kagum. Wahh Siap Dengan Baju Superman Dan Tasbih Lagi Kat Leher. Dah Lah Comel, Bijak Pula Tu !!

Kehidupan angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor sering menjadi perhatian ramai di laman media sosial. Malah Dr Sheikh juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu kepada orang ramai tentang penjagaan anak-anak.

Semestinya ramai yang tahu, Dr Sheikh turut mengimpikan mempunyai keluarga yang besar. Sudah memiliki anak seramai empat orang iaitu dua perempuan, dua lelaki (kembar ) dan bakal menimang anak sekali lagi iaitu sepasang kembar tidak lama lagi.

Menerusi tinjauan di akaun Instagram, Dr Sheikh telah berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anaknya iaitu Adam yang sedang membaca doa setelah selesai solat. Jika yang mengikuti perkembangan Dr Sheikh di Instagram, pasti tahu bahawa Dr Sheikh sering berkongsi video tentang gelagat anak kembarnya itu.

Anak kembar Dr Sheikh ini begitu aktif dan bijak. Pasti ada sahaja perkongsian video oleh Dr Sheikh akan gelagat anak kembarnya itu membuatkan ramai yang terhibur. Begitu juga dengan perkongsian video kali ini, ramai yang terhibur melihat aksi Adam membaca doa.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, netizen turut kagum dengan bacaan doa yang dibaca oleh Adam itu. Gaya Adam dengan memakai tasbih turut mencu1t hati ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Alhamdulillah.. Actually its a perfect doa Adam keep it upmohon berkah rezeki.. “

” Bijaknya Adam, lancar sebutan dia, Alhamdulillah.. “

” Comel nya. Bagus baca doa rezeki.. “

” Even Superman Pray.. Steady Adam.. “

” Semoga anak Dr. Menjadi insan yang hebat dunia dan Akhirat.. “

” Alhamdulillah Adam pandai doa.. Childhood voices really cutee.. “

” Comel lah Adam, dengan pakai tasbih.. “

Comelnya Adam, dengan pakai baju Superman membaca doa, bijak dan lancar bacaannya dalam video itu. Memang kagum lihat cara Dr Sheikh mendidik anak-anaknya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga anak-anak Dr Sheikh membesar dengan sihat, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..