” Ad0i Azal, lawak lah. Pandai jawab tu ye.. ” – Netizen

Zarina Zainuddin Kongsi Gelagat Anaknya, Muhammad Raizal Azrai Ketika Dikej0tkan Daripada Tidur. Jawapan Spontan Azal Ketika Ibunya Bertanya Raih Perhatian Netizen. Alahai, Comel Lah Azal Ni, Nasib Lah Dapat Ibu Kuat Mengusik !!

Umum mengetahui Zarina Zainuddin mempunyai dua orang anak istimewa iaitu Muhammad Raizal Azrai yang dipanggil Azal dan Muhammad Razil Azrai atau Azil. Azal mengh1dap mild aut1sm manakala kembarnya, Azil hyper aut1sm. Namun keduanya cukup istimewa di mata Zarina.

Sering dikongsikan video dan gambar di akaun Instagram miliknya kelatah kedua-dua anak kembar ini. Ada sahaja perkara yang mencuit hati dilakukan keduanya yang meraih perhatian netizen. Zarina pula cukup sabar dan penuh kasih sayang melayan karenah keduanya. Sikap Zarina seharusnya menjadi contoh buat ibu bapa yang lainnya.

Sebelum ini Zarina pernah berkongsi video Azil sanggup bangun awal semata-mata ingin meminta Zarina membelikannya surat khabar. Bijak kan anak-anak ini, pandai mengekspresikan rasa melalui pengalaman mereka sebelum ini. Ini kerana Azil tahu, jika Azil lambat bangun, ibunya sudah pergi keluar bekerja.

Baru-baru ini Zarina berkongsi pula video Azal ketika disuruh untuk bangun daripada tidur. Jawapan Azal ketika ditanya Zarina buat apa tu, cukup mencuit hati dan diiringi tawa ramai. Azal dan Azil sememangnya anak syurga buat ibunya tercinta, Zarina. Bijak betul keduanya.

Ikuti perkongsian video Zarina di bawah :

Jawapan spontan Azal menarik perhatian netizen. Netizen memuji kebijakkan Azal menjawab soalan ibunya :

” Kak inaaaa suka kacau p.a Lynn jugak tuuuu zarina zainuddin… Azalllll dahhhh jgn susah hati rehatkan minda dulu.. Biar ibu Lynn jaga ibu tu.. “

” Okay Azal. Saya dah tahu nak bg alasan apa dkt laki saya kalau terlelap dengar dia membebel.. “

” Hahhahahaa adoii azal.. Lawak la.. sopannya azal dgn ibu.. Alhamdulillah.. “

” AllahhuAkhbar pandai azalllll.. haaa ada idea ni klau laki jerkah ngah tidur cakap jekr jngn kacau sy sedang rehatkan minda.. “

” Bijaknye dia comel je.. Pandai sgt.. Comel je dia jawab.. hihi.. “

” Lawak la Azal,,, pandai jawab tu ye.. Kenapa ibu kenapa ibu.. Haha comel taw.. “

” Hahaha cute azal jawab.. hahaha.. terhibur la aunti.. Suka tau ibu nyakat azal.. “

Azal-Azal, ada sahaja idea bila ibu bertanya ya. Anak syurga ini pandai sungguh mengambil dan menjaga hati ibunya. Syabar diucapkan buat ibu cekap, Zarina kerana bersabar dalam mendidik keduanya menjadi anak yang hebat. Semoga anak-anak ini terus menjadi penyejuk mata buat ibu bapa tercinta. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..