“ Thank you for 1 milli0n family.. ” – Iddin Ramli

Capai Sejuta F0llowers Di Instagram, Iddin Ramli Kongsi Gambar Sebagai Penghargaan Kepada Pengikutnya. Wahhh, Tahniah Iddin, Bukan Kaleng – Kaleng Ni !!

Influencer dan penulis buku, Iddin Ramli seorang jejaka yang semakin mula dikenali melalui perkongsian video-video content dakwah dan positif. Untuk pengetahuan, Iddin juga merupakan peminat sukan bola sepak dan pemain bola sepak ketika zaman sekolah dan memulakan video pertama pada tahun 2017.

Terbaru Iddin telah berkongsi satu gambar yang menunjukkan penghargaan kepada pengikutnya apabila akaun Instagramnya telah mencapai jumlah pengikut 1 Juta f0llowers. Melalui perkongsian tersebut, Iddin juga menyatakan yang dia tidak pernah berniat untuk mengej4r p0pularity malahan Iddin hanya mahu memberi manfaat kepada orang lain.

Iddin turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokongnya daripada dulu dan kini sehingga terlahirnya karya motivasi sulung Iddin yang berjudul Hati ke Hati dengan penjualan 15,000 naskah dalam tempoh sebulan.

Perkongsian Iddin ini telah meraih banyak tanda suka dan juga komen – komen yang positif. Rata – rata netizen membanj1ri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan berharap supaya Iddin akan terus menyebarkan kebaikan dan memberi manfaat kepada insan lain.

Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :

View this post on Instagram

Nothing but الحمدلله Sejujurnya dari hari pertama iddin buat content, iddin suka-suka je. Tak pernah niat nak kejar populariti. Yang tahu tu tahu lah. Niat iddin nak sebar manfaat je. Orang nak follow atau tak bukan tujuan dan keutamaan, tapi yang penting mesej iddin sampai. Sebab Nabi bagitahu, sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat untuk manusia lain. Tapi lepas iddin upload video pertama tarikh 22 March 2019 waktu tu followers iddin 1000 lebih je. Then ramai sangat stranger DM iddin suruh iddin buat lagi video seterusnya. Iddin pun buat keputusan nak teruskan sampai hari ini. Thankyou semua yang sudi jadi kawan dan sudi support iddin dari dulu sampai lahirnya karya motivasi sulung iddin iaitu Hati ke Hati dah 15,000 naskah dalam sebulan @iddinramlibooks alhamdulillah. Iddin hargai sangat-sangat. Maaf kalau ada dm yang iddin tak sempat baca dan balas. Iddin cuba sehabis baik nak tengok semua story yang kalian mentioned iddin. Iddin cuba sehabis baik nak reply semua comment dan dm kalian. Tapi iddin cuma manusia biasa yang ada kehidupan sebenar dan bukan 24 jam dengan social media. Maaf kalau ada yang terasa or kecil hati. Maaf dan terima kasih semua. Keep supporting me and iddin sayang semua kerana Allah. Moga kita semua dihimpunkan bersama disyurga nanti. Allahumma amin. Keep spread positivity & love! Thankyou for 1 million family ❤️

A post shared by Ding 🇲🇾 (@iddinramli) on

Seperti yang dinyatakan di akaun Instagram Iddin, sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat untuk manusia lain. Iddin berharap agar dia dapat memberi kebaikan kepada semua. Antara komen – komen peminat :

“ Tahniahhhh.. Mantap din, teruskan usaha murni tu.. “

“ Semoga iddin terus seb4rkan kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain.. “

“ Congratss Idinn semoga tambah sukses aminnnn.. C0ntent abg iddin sump4h best ii utk didengari.. ”

“ Alhamdulilah idola dh 1M f0llowers.. Keep spre4d p0sitivity.. Congrats iddin . May Allah bless youuu.. “

“ Niat kita Allah je tahu.. niat betul ke tidak, this is the proof.. congrats iddin.. keep sebarkan kebaikan.. “

Seperti yang diharapkan semoga Iddin keep spread positivity, love dan menjadi manusia yang bermanfaat kepada insan lain dan semoga insan – insan di luar sentiasa menyokongnya dalam kebaikan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga urusan Iddin sentiasa dipermudahkan dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Iddin Ramli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..