” Lawanya Kak Lisa pakai tudung gitu.. ” – Netizen

Kongsi Video Di Majlis Perkahwinan, Penampilan Lisa Surihani Memakai Tudung Bawal Jadi Tumpuan. Subhanallah Sopan Dan Anggun Sekali Lisa. Tak Puas Mata Memandang, Automatik Nampak Muda Remaja !! 

Melihat suasana dunia hiburan tanah air, ramai sekali selebriti yang memilih untuk berhijrah dan mula mengenakan hijab. Salah seorang daripadanya adalah pelakon cantik, Lisa Surihani. Lisa mula berhijab tahun lalu setelah kembalinya daripada mengerjakan ibadah umrah.

Meninjau akaun Instagram Lisa, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan Lisa bersama Yusry dan anak-anak mereka, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne menghadiri satu majlis perkahwinan bertempat di Segamat Johor. Lisa yang mewakili pihak perempuan memakai pakaian sedondon bersama ahli keluarga lain.

Dalam busana kurung, Lisa mengenakan tudung bawal dengan fesyen yang paling simple. Kebiasaannya Lisa gemar mengenakan shawl namun apabila Lisa memakai bawal, wajahnya sedikit berbeza. Penampilan Lisa pastinya menjadi tumpuan peminat.

Melihat gaya Lisa berhijab yang melabuhkan tudungnya di bahagian dada, Lisa kelihatan sopan sekali. Sejuk mata memandang si jelita dalam penampilan sebegini. Semakin hari semakin cantik berseri Lisa lagi-lagi dalam berbagai-bagai fesyen tudung yang digayakannya.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Tak lepas dinosaur dia ye

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Gaya Lisa memakai tudung bawal labuh ini nampak sangat ayu dan ianya meraih perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Manisnyaaa lisa pakai camni maasyaallah.. ” – Fynn Jamal

” Lisa is so cute pakai tudung acik-acik camtu. Hahaha. Love u.. Hahaha this boy ahhh and yes cantik you pakai bawal ni.. ”

” Cantik ayu manis bila lisa pakai tudung style gitu.. Lawanya Kak Lisa pakai tudung gitu, so pretty with that style.. “

” Sukanya tengok dress up lisa. Cantik dan sopan je.. Comel dn cantik lisa surihani. tudung tu hehehe manis je.. “

” Lisaaa cantiknya. Sopan & ayu. Alhamdulillah.. Manisnya lisa pakai tudung mcm tu. Love sgt tgk lisa mcm ni.. “

” Cantikknya lisa pakai tudung gaya camni.. Soooo cute pakai bawal mcmtu. I love it so much.. “

” Love your style, so ayuu. Cantik sangat Lisa sopan gitu.. Lisa pakai tudung cmni. So muda.. “

Memang nampak manis apabila Lisa mengayakan tudung bawal sebegini. Seperti melihat anak remaja sekolah pun ada dengan gaya simple Lisa ini. Apa pun, semoga Lisa terus istiqamah dan menjadi isteri serta muslimah yang sejati. Semoga berbahagia selalu bersama keluarga tersayang Lisa. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lisa Surihani Mohamed

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..