” Sangat-sangat humble suami Juliana, tak somb0ng langsung.. ” – Netizen

Che Puan Juliana Evans Kongsi Gambar Puteri Sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Bersama Suami Tercinta. Alahai Semakin Comel Milly, Pipi Tu Bambam Dan Putih Gebu Sangat !!

Che Puan Juliana Evans atau dikenali dengan Juliana merupakan isteri kepada kerabat diraja Johor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj. Walaupun telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama, penampilan Juliana masih lagi terselah anggun dan cantik.

Umum mengetahui, Juliana merupakan anak kelahiran kacukan Melayu Inggeris. Bapanya berketurunan Inggeris manakala ibunya berbangsa Melayu. Pelakon kelahiran Shah Alam ini merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik dan telah melak0nkan pelbagai watak sepanjang pembabitan dalam filem mahupun drama.

Melalui paparan perkongsian di Instagram, Juliana telah berkongsi beberapa foto suami bersama puteri sulungnya,  Tengku Kamiliah Zanariah Josephine sebagai penghargaan. Juliana menyatakan bahawa dia merasa bangga melalui kasih sayang yang ditunjukkan oleh suaminya.

Hasil daripada perkongsian itu, ramai peminat memberikan tanda like dan reaksi yang positif. Kebanyakan komen  memuji suami Juliana merupakan seorang yang sangat merendah diri malahan tidak dinafikan juga puteri sulung mereka sangat comel.

Mari sama-sama kita ikuti perkongsian di bawah:

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Gambar – gambar yang dikongsikan Juliana bersama anak dan juga suaminya memang betul – betul menarik perhatian para peminat. Alahai Milly kecomelan pipi pau betul – betul tidak boleh dinafikan lagi, cute sangat. Antara komen yang dit1nggalkan peminat :

” Sgt2 humble suami juliana , tak somb0ng lngsung btw comeii princess tu.. “

” Missed u baby Milly..

Mesti ramai yang tidak sabar – sabar menunggu puteri sulung mereka membesar. Menunggu aksi – aksi comel dan perkembangan positif daripada Milly. Kecil – kecil pun dah comel apatah lagi bila dewasa nanti pastinya akan mewarisi kecantikan dan kepintaran seperti ibunya, beauty with brain.

Comel betul Tengku Kamaliah, wajah yang persis kacukan Inggeris seperti ibu dan ayahnya. Tak sabar nak teng0k Tengku Kamiliah version dewasa. Kami di Berita Kopak mengharapkan semoga Jue dan keluarga senantiasa hidup bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Juliana Evans

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..