” Follows his parents’ footsteps. Putera raja berjiwa rakyat dan humble.. ” – Netizen
Video Putera Raja Permaisuri Agong, Tengku Hassanal Shah Membantu Mengikat Bata Sebuah Rumah Raih Perhatian Ramai. Bagus Sifatnya, Tak Ubah Seperti Agong Dan Permaisuri. So Humble !!
Bagi rakyat negeri Pahang Darul Makmur, nama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bukanlah asing lagi. Pemangku Raja Pahang ini baru sahaja menyambut ulangtahunnya yang ke 25 tahun pada 17 September yang lalu. Tengku Hassanal banyak mewarisi wajah bondanya Tunku Azizah Aminah.
Seorang yang aktif dalam aktiviti amal dan kegiatan lasak, Tengku Hassanal sering mencemar duli menjenguk rakyat jelata. Baginda tidak kekok masuk ke ceruk-ceruk kampung dan bertemu mata dengan mereka untuk bertanya khabar.
Pernah dikongsikan beberapa bulan lalu, Tengku Hassanal yang selesai menyertai ekspedisi memanjat Gunung Tahan meronda kampung hanya dengan menaiki motosikal sendiri. Terkenal dengan sikapnya yang rendah diri dan mesra serta berjiwa rakyat tidak ubah seperti ayahanda dan bondanya itu.
Meninjau akaun Instagram Tengku Hassanal Shah, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan Tengku Hassanal sedang membantu mengikat bata untuk pembinaan sebuah rumah. Tengku Hassanal yang berpakaian simple hanya berseluar track dan t-shirt itu nampak tidak kekok bermain dengan bata dan simen.
Jom tonton video di bawah :
Aksi Tengku Hassanal mengikat bata ini menarik perhatian netizen. Beruntung sungguh anak raja turut sama turun padang membantu. Antara komen-komen netizen :
” I’ve never seen a prince this humble like tuanku.. Tak pernah tengok Tengku menunjuk2kan kemewahannya.. “
” Follows his parents’ footsteps. Putera raja berjiwa rakyat dan humble.. Boleh jadi Bob the Builder Tuanku. Prince yg sgt humble.. “
” Saya salute Tuanku tak semua orang suka buat kerja2 macam ini. Ini dia anak Raja turun padang buat.. “
” Tuanku ikat bata, teruskan keprihatinan terhadap rakyat.. Pemimpin muda yg patut mnjd cth & diteladani. proud of you tuanku.. “
” Tengku memang seorang yg sgt baik hati and humble.. Terbaik tengku, really appreciate and respect your attitude.. ”
” Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Selalu mencemar duli seperti ayahandanya. Prihatin.. “
Bagaimanalah rakyat jelata tidak sayangkan putera Hassanal, lihat sahaja peribadinya itu yang selalu menabur bakti untuk rakyat. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, sebagaimana tertib dan santunnya ayahanda dan bondanya, begitulah Tengku Hassanal. Apa pun, semoga Tengku Hassanal sentiasa dalam rahmat Allah dan dilindungi selalu. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tengku Hassanal Shah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..