” Wah, meleret senyum eh.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Fasha Sandha, Aisha Amaira Yang Semakin Bulat Dan Comel. Kecil-Kecil Dah Pandai P0sing. Muka C0py Paste Daddy Sangat !!

Aisha Amaira merupakan anak ketiga Fasha Sandha manakala anak sulung buat Aidil Aziz. Aisha dilahirkan pada 7 Ogos lalu dan pada hari ini usia Aisha hampir mencecah 2 bulan. Sejak Aisha dilahirkan, pasangan selebriti ini sering berkongsi gambar dan video Aisha di media sosial.

Nama Aisha diberikan bersempena gabungan nama Ai dan Sha yang merupakan singkatan bagi Aidil dan Fasha. Pasangan ini sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata setelah dua kali Fasha mengalami kegug0ran sebelum ini.

Fasha mempunyai dua orang cahaya mata melalui perkahwinannya yang terdahulu bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai iaitu Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma. Kehadiran Aisha melengkapkan lagi kehidupan berkeluarga buat Fasha dan Aidil.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram Aidil, dia telah berkongsi beberapa gambar terbaru Aisha. Dengan kapsyen ‘ Selamat pagi’, wajah Aisha mencur1 perhatian peminat kerana Aisha dilihat begitu pandai berp0sing di hadapan kamera. Dia punya senyuman bukan main lagi ye !!

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

Selamat pagi🌈 Aisha dobot belanja selfie📸

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on

Wajah comel Aisha mendapat pujian netizen dan ada yang menyatakan wajah Aisha seperti ayah dan neneknya. Antara komen-komen mereka :

” Cutenye muka daddy.. manja daddy ni.. Wahhh meleret sonyum ehh.. “

” Comelnya aisha,. Dah boleh jd model baby pandai posing.. “

” Eeeyy cutenya… Masa ni muka mcm mak Aidil.. Senyum dia sama .. “

” Mmg anak ayah sungguh la .. rupe iras ayah senyuman tu pn sebijik cam ayah .. comel nye aisha .. pipi tu pipi dh pau dahhh .. “

” Olololo… comelnye.. dah pandai senyum.. “

Macam muka mak fasha. Sebijik muka nenek dia.. “

” MasyaAllah comel sgt..  manis senyuman nya.. “

Alahai, pandai Aisha posing di dalam gambar ye. Senyum tu meleret sangat dan ger4m melihatnya. Kecil-kecil dah pandai senyum di hadapan kamera. Semoga Aisha Amaira membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aidil Aziz, Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..