” Sekali Tuanku terbaca dan tunaikan permintaan Amar, beruntung sangat Anaqi.. ” – Netizen

Amar Baharin Kongsi Video Anaknya, Aqeef Anaqi Minta Hadiah ‘ Ride On Car ‘ Macam Cucunda KDYMM Agong. Alahai Dah Pandai Request Hadiah Sekarang Ni Anaqi Yer !!

Dalam membesarkan anak-anak banyak cabaran yang mendatang. Namun, itu adalah proses yang harus ibu bapa lalui dan harus bijak bagaimana untuk menanganinya. Proses ini memerlukan kesabaran dan diterapkan kasih sayang antara keduanya. Ibu bapa seharunya mengambil berat akan perihal anak-anak, apa yang anak suka dan membuatkan mereka bahagia.

Perkongsian hidup Amar dan Amyra telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel Aqeef Anaqi dan juga Ayra Aryssa. Kelatah Anaqi dan Ayra sering meraih perhatian netizen. Anaqi yang semakin membesar sudah semakin pandai bercakap dengan slanga nya tersendiri.

Amar Baharin adalah seorang selebriti yang sentiasa mengambil berat perihal anaknya. Seringkali dikongsikan di Instagram miliknya tentang anaknya Anaqi dan juga Aryssa. Gelagat keduanya begitu menarik minat netizen. Tidak hairanlah Anaqi dan Aryssa mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Bukan sahaja itu, pada perkongsian terbaru Amar Anaqi sudah pandai meminta hadiah. Tambah menarik, Anaqi pinta untuk ‘ ride on it  but not a toy ‘. Comel sangat Anaqi. Sekali dah minta hadiah tu, bukan hadiah biasa-biasa tau. Pandai Anaqi memilih. Dah gaya orang besar lagaknya.

Ikuti perkongsian Amar di bawah :

( Klik butang KANAN  > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Alahai cute sangat Anaqi. Perkongsian video Amar mendapat pelbagai komen daripada netizen. Amboi Anaqi dah pandai demand dengan daddy yer. Antara komen-komen netizen :

” Bagus jugak tu Amar beli cartoy yg besar. Klau kecik tak pasal2 tersangkut kat rambut lagi.. “

” Sekali Tuanku terbaca dan tunaikan permintaan amar beruntung sangat.. “

” Abeslah lpsni jarang anaqi dkt rumah.. asyik gi convoi je.. “

” Nasib baik dia kata control car klu dia kta real car.. Siap letak condition “ not a toy ” tu.. “

” Kemain abang dah pandai demand.. huhuhu layan lah ye, anak itu amanat Allah, semoga menjadi anak soleh ye Anaqi.. “

” Chow kit kt jln raja laut byk toy shop.. Alhmdulillah.. Bijak nya budk encem ni.. Acik tak faham Sgt apa anaqi ckp, acik tak reti bhsa omputeh.. Tp acik tau.. Anaqi budak bijak.. “

” Not a toy daddy it i can ride on it.. amboi cerdik diaaa.. “

Bijak sungguh Anaqi, sudah pandai memilih hadiah untuk dirinya. Semakin petah berkata-kata pulak tu. Bertuah Anaqi ada daddy yang senantiasa ada untuk melayan karenahnya. Semoga Anaqi dapat hadiah yang diingini. Mana tau Tuanku nak hadiahkan kereta macam cucunda Tuanku kan.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Amar Baharin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..