” Hi si comel gigi 4 batang.. ” – Netizen

Wawa Zainal Kongsi Video Terbaru Anaknya Ayya Soffya. SubhanaAllah, Comel Sangat Soffya Dah Pandai Tunjuk Gigi Yang Cantik Tu Ya !!

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan untuk mempunyai zuriat. Dikurniakan zuriat adalah rezeki daripada Allah dan berlaku dengan kehendakNya. Tiap bayi dilahirkan itu adalah suci dan bersih, dan kecomelan itu juga adalah anugerah daripadaNya. Bersyukurlah kita atas segala nikmat yang Allah berikan.

Wawa Zainal juga tidak ketinggalan melahirkan rasa syukur dengan kehadiran bayi perempuannya pada Disember 2019 yang juga merupakan anaknya yang ketiga. Kehadiran anak ketiga ini cukup bermakna buat Wawa dan suaminya Aeril Zafrel setelah menanti selama 4 tahun selepas anak kedua. Mereka telah dikurniakan 2 orang anak sebelum ini iaitu Mohammad Fakhruddin Attar, 6 tahun dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 tahun.

Berdasarkan tinjauan di Instagram, Wawa suka berkongsi aktivitinya bersama keluarga di akaun miliknya. Wawa juga suka memuatnaik video dan gambar Soffya dan meraih ribuan view oleh netizen. Lagak Soffya yang kecil-kecil cili padi benar-benar menarik minat netizen untuk terus mengikuti perkembangan Soffya.

Baru-bari ini Wawa telah berkongsi video anaknya, Soffya di instagram miliknya. Perkongsian terbaru Wawa tersebut telah mendapat ribuan view daripada netizen dan memuji kecomelan Soffya. Senyuman Soffya cukup memikat hati. Wah Soffya dah ada 4 batang gigi lah, comel sangat.

Ikuti perkongsian video di bawah :

View this post on Instagram

Hi aunties.. sihat ke 😊

A post shared by WAWA COSMETICS (@wawacosmeticzs) on

Perkongsian gambar Soyyfa mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen netizen :

” Comel sangat ni.. ger4mnya.. bsar sdhh.. “

” So k1ut sayang.. Ger4mnya comel sgt.. “

” Putih Nya .. GIGI BABY SOFIA.. Comel eee gigi dah tumbuh.. “

” Comelnye ger4m aku.. hi si comel gigi 4 batang.. auntie sihat jee.. “

” Gig1t niiii.. gemeeeeesssss.. Comel sangat.. “

” Comel nya ger4m tgk.. Ank wawa paling cute la yg ni.. “

” Cute sangat lah kamu.. Antara baby yg paling cantik.. “

SubhanaAllah, alahai Soffya tak pernah tak comel. Nanti dah besar jaga gigi elok-elok tau Soffya. Semoga Soffya menjadi anak solehah penyejuk mata ibu dan ayah. Kami juga berharap semoga keluarga ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Wawacosmeticzs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..