” Memang padu jawapan, terbaik.. ” – Netizen

Asyik Diaju Tentang Soalan ‘ Bila Nak Kahwin “, Ini Respon Farahdhiya. Sila Hadam Yer Makcik-Makcik Bawang Semua !!

Jodoh, pertemuan semua itu sudah pun tertulis dan ditetapkan oleh Allah sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini. Jodoh lambat itu sebenarnya tidak berd0sa, tetapi ia adalah rezeki dari padaAllah. Mungkin ada hikmah sekiranya diri belum bertemu jodoh lagi.

Bagi penyanyi Farahdhiya yang kini berusia 36 tahun tidak terlepas sering diajukan soalan tentang jodoh. Memiliki wajah yang cantik dan bekerjaya, ramai yang tertunggu-tunggu penyanyi ini bilakah dia bakal mengakhiri zaman daranya.

Farah yang cukup dikenali akan lagu Bertakhta Di Hati ini turut berkongsi respon mengenai soalan yang sering diajukan ramai kepada dirinya menerusi akaun Instagram miliknya. Tulisnya di entri tersebut, Farah memohon agar semua orang belajar menghormati tentang privasi orang lain.

Malah tulis Farah lagi, dari adanya orang yang sering bertanya dirinya mahu mendirikan rumahtangga, seeloknya individu tersebut memperkenalkan kepadanya dengan seorang lelaki yang mampu menggalas tangungjawab seorang suami dengan baik. Bagi Farah, memilih jodoh bukan lah seperti mahu memilih kuih karipap.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Hasil tinjauan di ruang komen, rata-rata netizen turut bersetuju akan respon yang diberikan oleh Farahdhiya itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Well said.. Suka saya kapsyen diatas…. Dulu sebelum berkahwin, saya pernah ditanya perkara sama spt diatas… “

” Aku yg jadi mak ni pun meluat dgn soalan tu. Anak aku ade karier stabil, rumah 2 bijik, enjoy life dia nape pulak kita nak sibuk pasal kahwin ? Ny4mpah betol.. “

” Indeed….. Yes pls respect don’t ask me why eh.. Memang padu jawapan, terbaik .. ”

” Yes betul.. Sy dah 8thn single mom dan akan selamanya hadap situasi ni.. “

” Stuju daripada tny bila nak kahwin.. Bgus lagi dorg introduce someone kan.. “

” Kebetulan tgh mkn karipap skali terbaca caption sis, hahaha.. “

” Yes respect people… So don’t ask so many why… “

Setuju dengan respon Farahdhiya tu, memang padu betul. Jodoh tu bukan kerja kita, kita hanya mampu merancang, Allah yang tetapkan, andai ada jodoh, adalah. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Farahdhiya akan terus berjaya dalam kehidupannya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG farahdhiya

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..