” Ikut muka ayah ke dibu ni Khadijah.. ” – Tomok

Tomok Kongsi Gambar Khadijah Dengan Kapsyen Rupa Ayah Ke Dibu. Macam Rupa Dibu Je Tomok. Tang Mata Tu Paling Serupa !!

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, vokalis New Boys adalah penyanyi yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tomok semakin mencipta nama sebagai penyanyi selepas dinobatkan sebagai juara One In A Million pada musim ketiga. Bukan sahaja terlib4t sebagai penyanyi Tomok juga berbakat dalam bidang lakonan.

Tomok telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup pasangan sama cantik sama padan ini, mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki yang comel iaitu Arrian dan Andra.  Pada Jun baru-baru ini, pasangan ini telah mendapat seorang cahaya mata perempuan yang diberikan nama Siti Khadijah.

Seronok sangat isteri Tomok dikurniakan anak perempuan setelah mendapat 2 anak lelaki sebelum ini. Tomok juga sering berkongsi pelbagai kelatah anak-anaknya yang tersayang di instagram miliknya. Video dan gambar yang dikongsikan Tomok sering mendapat ribuan view daripada netizen.

Hasil tinjaun kami di instagram, Tomok telah berkongsi gambar comel Khadijah di instagram miliknya. Comel sangat Khadijah dah pandai tengok kamera. Kapsyen yang Tomok letakkan adalah pertanyaan samada Khadijah menyerupai Tomok atau ibunya, telah meraih perhatian netizen. Ramai menyokong Khadijah mirip kepada dibu berbanding ayah. Kesi4n Tomok. Haha !!

Ikuti perkongsian gambar di bawah :

Perkongsian Tomok itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata menyokong Khadijah mirip dibunya. Antara komen-komen netizen :

” Alahaiiiii comelll sgt niiii.. ” – Shuib Sepahtu

” Muka dibu.. sebiji dibu.. Hai Ayu Jr.. “

” Muka khadijah ikut dibu.. Comellllnya.. Especially kt mata tu”

” Comelnya.. Muka khadijah laaa, comel sgt”

” Alololo comeinye dia.. ayh tom prasan la kn khadijah, ikut muka dibu la.. “

” Persis tatapan dibu.. Comeyyy nya awak.. “

” Muka baby akan berubah2 biasanya sampai cecah umur setahun. Kejap muka ayah, kejap muka ibu, bagi dua2 merasa.. so adil hehe.. “

Comel sangat Khadijah ni. Sekali tengok memang mirip kepada ibunya. Tak mengapalah Tomok. Yang penting, Khadijah membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah. Mana tau bila dah besar, menyerupai Tomok pula kan. Kami doakan Khadijah membesar menjadi anak yang baik, penyejuk hati ayah dan dibu. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Tomok Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..