” Cantik – cantik dan handsome – handsome. Perfect family.. ” – Netizen
Kongsi Cerita Percutian Keluarga Ke ‘Luar Negara’ Tanpa Passport, Kapsyen Aaron Aziz Menghiburkan Ramai. Namun Wajah Mereka Sekeluarga Jadi Tumpuan. Herlok Semua !!
Sebut sahaja nama Malik KL G4ngster, pastinya wajah Aaron Aziz akan menjelma di fikiran semua. Pelakon kacak yang berasal dari negara Singapura ini mencipta nama menerusi lakonan hebatnya dan sehingga kini masih lagi bertahan dalam industri.
Aaron Aziz sudahpun berkahwin dengan Diyana Halik dan sehingga kini mereka sudahpun dikurniakan 3 orang anak. 2 daripadanya adalah perempuan dan hanya seorang sahaja lelaki. Anak-anaknya ini dinamakan sebagai Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Aaron sudahpun mendapat pengiktirafan sebagai penduduk tetap Malaysia beberapa tahun yang lalu.
Meninjau akaun Instagram Aaron Aziz, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama isterinya Diyana dan anak-anaknya di hadapan restoran Le Petit Chef Grand Hyatt Kuala Lumpur. Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen Aaron yang bercerita tentang membawa keluarganya itu bercuti.
Aaron seperti biasa, kapsyennya pasti akan ada yang mencuit hati. Jika kebiasaannya dipenuhi dengan hashtag, namun kali ini ianya berlainan. Situasi negara yang masih dalam PKPP menyukarkan untuk Aaron membawa anak dan isterinya bercuti membuatkan Aaron memilih untuk membawa mereka ke hotel ini untuk merasai sendiri keunikan yang disediakan di sini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sudah besar dan manis semua anak-anak Aaron sekarang. Ini menarik perhatian peminat dan antara komen-komen mereka :
” Sukses selalu abang. Insyaallah keluarga sakinah mawaddah, amin.. “
” Cantik-cantik dan hands0me-hands0me. Perfect family.. “
” Happy holiday, nampak kat pool, lobi tp segan nak bergambar.. Family Time.. “
” Smua syantik encem, Muka semua sama. Nice family.. “
” Extra baggage hahha.. lucu selalu abang Aaron ini.. “
Sekali pandang nampak seiras wajah mereka sekeluarga ini. Membaca komen peminat semuanya memuji wajah anak-anak Aaron yang mewarisi kecantikan dan kekacakan pasangan ini. Apa pun, satu usaha yang baik daripada Aaron untuk menghiburkan keluarganya. Semoga terus bahagia bersama dan dijauhkan daripada sebarang bahaya. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaron Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..