” Hayder ikut jejak ayah ni nanti. Baju pun macam baju bola dah.. ” – Netizen

Eyra Hazali Kongsi Wajah Anaknya Muhammad Hayder Qhalish Yang Berusia 1 Bulan. Amboi Hayder Kecil-Kecil Lagi Dah Diterap Minat Bola Ni. Baju Dengan Slogan Di Banner Tu Bukan Biasa-Biasa. Pelapis Daddy !!

Pelakon Eyra Hazali telahpun selamat melahirkan cahayamata sulungnya pada 15 Ogos yang lalu. Hasil perkahwinan Eyra bersama penjaga gol pasukan bolasepak JDT, Muhammad Haziq Nadzli ini dinamakan sebagai Muhammad Hayder Qhalish.

Kehadiran Hayder menambahkan lagi kegembiraan Eyra dan Haziq. Pasangan suami isteri muda ini kini melalui fasa bergelar ibu ayah dan mempelajari banyak perkara baru sejak adanya Hayder. Wajah Hayder sewaktu usianya 10 hari nampak mirip seperti wajah Haziq.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 1 November tahun lalu. Eyra yang bunting pelamin memberikan kej0tan kepada Haziq berkenaan berita kehamilannya ini dengan membuat surprise meletakkan alat pengesan kehamilan di dalam sebuah kotak.

Menerusi akaun Instagram, Eyra Hazali telah berkongsikan sekeping gambar terkini anaknya Hayder yang kini sudahpun berusia 1 bulan. Hayder yang lena tidur nampak comel sekali dalam baju romper lengkap dengan tulisan tertera 1 month di bajunya itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah dan penampilan Hayder ini menarik perhatian dan peminat memuji wajah comel Hayder ini. Antara komen-komen mereka :

” MasyaAllah hayder so cute. like your mom and dad, happy one month hayder. semoga membesar menjadi anak yang soleh.. “

” Happy 1 month hayder, comel sungguh anak mommy ni.. “

” EEE CUTE !!!!! CEPAT JE BESAR HIHI.. “

” Ameen.. happy one month hayder. so kiut lahh.. “

” Tgok birth journey eyraa. Terharu, seb4k, sweet smua ada.. “

” Hayder ikut jejak ayah ni nanti. Baju pun macam baju bola dah.. “

” Aminn.. Semoga hayder membesar menjadi anak yang soleh kepada mama papa.. “

” Alololo tomeinya dia. Semoga baby boy membesar dengan sihat & senantiasa dalam lindungan Allah.. “

” Makin comel . Semoga jadi anak soleh for mama and papa.. “

Wah Hayder The Peacekeeper lagi tu, siap ada gelaran khas untuk si kecil nampaknya. Wajah Hayder sudah mula nampak raut wajah Eyra berbanding wajahnya sebelum ini. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Hayder membesar menjadi insan berguna dan anak yang soleh untuk kedua ibu bapa. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eyra Hazali, IG Haziq Nadzli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..