” Pregnant pun boleh cantik sampai macam ni sekali ye.. ” – Netizen

Muatnaik Video Dress To Express, Penampilan Terbaru Zahirah Macwilson Yang Sedang Mengandung 6 Bulan Raih Tumpuan Ramai. Wahhh Mengandung Pun Kurus Dan Cantik Jer, Baby Bump Pun Comel !!

Umum mengetahui bahawa pelakon Zahirah Macwilson kini sedang mengandung anak sulung hasil perkongsian hidupnya bersama pelakon Aiman Hakim Ridza. Usia kandungan Zahirah kini sudah pun mencecah 6 bulan ketika dia mengumumkan berita gembira ini kepada semua peminat.

Berita ini turut menggembirakan para peminat Zahirah dan Aiman yang turut mengucapkan tahniah kepada mereka. Malah, Zahirah juga turut berkongsi video kej0tan kepada Aiman ketika dia ingin memberitahu bahawa dirinya sedang hamil.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari lepas dalam sebuah majlis yang penuh gilang-gemilang. Pasangan ini mula bercinta ketika sama-sama membintangi drama bersiri Cur1-Cur1 Cinta yang bersiaran di Astro Ria. Akhirnya jodoh ditakdirkan milik mereka.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, Zahirah telah memuatnaik video Dress To Express yang memaparkan cara pemakaian yang ringkas dan sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai aksesori. Namun penampilan Zahirah yang tetap langsing walaupun sedang mengandung jadi perhatian umum.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji penampilan Zahirah yang tetap cantik dan berseri. Antara komen-komen mereka :

” Cantik sgtt. Miss Universe malaysia we never had.. “

” Syoknyaaa pregnant pun kurussss.. Baby boy ni hahaha congrats mommy to be .. “

” Comelnya bum .. bujur jer , lawa ira pergnnt..  Pregnant pun boleh cantik sampai macam ni sekali yee.. “

” Berserinyer bakal ibu nie… moga sihat hendaknya.. tgk bentuk perut tu mcm baby boy jer .. “

” P0wer la akk.. tgh pregnant pun still menyerlah gitew… “

” Mesti baby boy.. Hensem mcm daddy dia comel mcm mummy dia.. “

Wah, nampaknya peminat pun sudah mula berteka-teki jantina bayi yang dikandung oleh Zahirah juga. Ramai yang menyatakan Zahirah akan mendapat bayi lelaki. Walau apa pun, semoga Zahirah dipermudahkan segala urusan sehingga melahirkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..