” Sweetnya baby Pia dengan baby Pian. Sporting lak tu Pian.. ” – Netizen

Video Throwback Cik Pia Berjumpa Sufian Suhaimi. Alahai Sweetnya Cik Pia Dengan Baby Pian. Part Menyanyi Bersama Tu Paling Syok, Kemain Lagi Cik Pia Yer, Penuh Penghayatan !!

Bagi pengguna media sosial, nama remaja istimewa bernama Cik Pia pasti tidak asing lagi. Cik Pia atau nama sebenarnya Afiatul Salsabila Mohd Nor mengalami sindr0m d0wn. Gelagat Cik Pia yang sering dikongsikan oleh abangnya Hammad Zamakhashari atau dikenali sebagai Bengah.

Perkongsian di Instagram menarik minat netizen untuk mengikuti perkembangan anak istimewa ini. Cik Pia sering membuat telatah lucu yang membuatkan netizen terhibur. Walaupun bukan perkara yang mudah untuk menjaga Cik Pia, Bengah tetap sabar melayani kerenah adiknya ini.

Bengah sudahpun mengahwini Nur Mahfuzah Zulkfili atau dikenali ramai sebagai Cik Bunga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Luth. Cik Pia cukup sayang akan anak saudaranya ini dan memanggilnya sebagai baby Utt. Setiap kali berjumpa baby Utt pasti akan dic1um-c1um si kecil ini, alahai Cik Pia yang penyayang.

Meninjau akaun Instagram Makhlokmacho, telah dikongsikan satu video throwback ketika rakaman program Rasa Anak Emak Anak Bapak musim ke-2. Tetamu pada waktu itu adalah penyanyi Sufian Suhaimi yang terkenal dengan panggilan Baby Pian. Amboi sweet sangat bila baby Pia bertemu baby Pian ni, comel !

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Cik Pia bila bersama baby Pian ini menarik perhatian dan menghiburkan ramai. Penuh penghayatan sungguh Cik Pia menyanyikan lagu Pian itu. Antara komen-komen mereka :

” Amboi2 dia heheheh. Eksyen tu comel sangat Cik Pia.. “

” Alololor, comel pia. Sweetnyaa piaa dengan Pian.. “

” Comeyy pia dgn selambanya penuh perasaan nyanyi.. “

” Ala alahai comeylah cik pia. suka ye dapat jumpa baby Pian. Untungg cikpiaaa.. “

” Cik pia and baby pian.. Melting la tu cik pia eh, malu2 kucing.. “

” Sweetnye baby pia dgn baby pian. Sporting lak tu Pian.. “

” Sambung lirik sikit je tapi penghayatan lagu terbaik cik pia.. “

Amboi Cik Pia seronok sangat dia bila dapat berjumpa baby Pian. Comel je gaya malu Pia tu, malu tapi mahu. Part Cik Pia sambung nyanyian Sufian tu mencuit hati sungguh. Apa pun, layanan yang cukup sporting daripada Sufian. Semoga Cik Pia sentiasa gembira dan buat Sufian, semoga terus berjaya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hammad Zamakhshari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..