” Sekarang dia tau la comel dia tu datang dari mana.. ” – Shaheizy Sam

Shaheizy Sam Kongsi Gambarnya Ketika Kecil Dan Gambar Anaknya, Sarima Samheizy Dengan Kapsyen Memuji Dirinya Sendiri. Namun Komen Syatilla Melvin Raih Tumpuan Ramai. Aiyokkk Sam, Tilla Dah Sed1h Tu !!

Nama Shaheizy Sam tidak perlu diperkenalkan lagi. Bintang utama filem Polis Evo ini sering muncul di kaca televisyen dan juga pawagam-pawagam di seluruh negara. Bakatnya dalam bidang lakonan begitu terserlah sehingga pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular.

Sam juga telah memilih pasangan hidup yang sealiran dengan bidangnya iaitu Syatilla Melvin yang juga seorang pelakon terkenal tanah air. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata comel iaitu Syerif Samheizy pada 2017 dan Sarima Samheizy pada 2019.

Pasangan merpati dua sejoli ini sering mendapat perhatian ramai ke mana-mana mereka pergi. Sam juga sering memuatnaik video mereka berdua dan anak-anak di Instagram miliknya. Yang terbaru, Sam ada berkongsi video ketika mereka bercuti di Klebang Melaka. Comel sangat gelagat Sam, Syatilla dan anak-anak.

Hasil tinjauan kami di akaun Instagram, Sam telah berkongsi gambarnya semasa kecil dan gambar anaknya Sarima. Namun kapysen yang Sam gunakan menarik perhatian netizen. Memang mirip betul muka anak Sam dengan ayahnya. Comel betul Sam masa kecik, patutlah anak-anak Sam pun comel sangat.

Ikuti perkongsian Sam di bawah :

Rata-rata netizen sependapat dengan Sam, muka Sarima seiras dengan muka Sam. Antara komen-komen netizen :

” Sebijik.. Anak perempuan kalau ikut muka bapak sejuk boskurr.. “

” Muka bapak tapi perangai confirm ibu.. hahahah smua nak ikot bapak kan.. “

” Sama betolll sejibikk.. Org kata sejuk kalau anak perempuan ikot muka bapak..

” Sejibik muka bapak.. Comel.. Memang selalu girl ikut muka bapak.. “

” Dah besar ni jadi female version of Shaheizey Sam.. “

” Ya Allah mirip kaliiiii.. Serious.. photostat muka bapak dia… tak t1pu… “

” Walaweii. Muka apaknye… Hehe… Nah lagu untuk mima.. Mentumey tumey… Mentumey… Tumeyyy.. Mensyumel.. Syumeell… Omeyy kau nie… Errr.. “

Syatilla turut men1nggalkan komen dan komennya meraih perhatian ramai :

Bertabahlah Syatilla, yang penting anak-anak comel macam mak dan ayahnya. Sam pun saja je nak puji diri sendiri dan nak menyakat isteri. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga comel Sam dan Syatilla ini berbahagia sehingga ke syurga. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Shaheizy Sam 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..