” Ya Allah, newborn baby dah pandai gelak-gelak.. Rare betul ni, bijak ! ” – Netizen

Rizman Nordin Kongsi Video Terkini Puterinya, Rizqaa Sedang Bermain Dengan Ibunya. Namun Gelag4t Rizqaa Itu Jadi Perhatian Peminat.  Comelnya Reaksi Dia !!

Isteri pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin iaitu Nurida Suraya telah selamat bersalin puteri sulungnya pada awal bulan lalu. Perkhabaran berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Rizman menerusi akaun Instagram miliknya kepada umum.

Puteri sulung pasangan ini telah diberikan nama sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki, kurnian Allah. Rata-rata netizen dan rakan artis turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada Rizman serta isterinya. Malah mereka juga turut memuji kecomelan anak Rizman itu.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini  telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019. Pada awal bulan Mac lalu, Rizman telah mengumumkan bahawa isterinya sedang berbadan dua dan berita tersebut turut dikongsikan menerusi laman media sosial.

Terbaru, hasil tinjauan di Instagram, Rizman telah berkongsi satu video di akaun  miliknya anaknya , rizqaarizman yang menunjukkan gelag4t anaknya itu sedang bermain dengan ibunya. Paling teruja, adalah melihat Rizqaa yang baru berusia 2 minggu sudah pandai tersenyum apabila dipanggil oleh ibunya.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Perkongsian video itu juga turut mendapat perhatian ramai dengan lebih 100 komen di ruangan komen. Antara komen-komen netizen adalah :

” Cepat nya.. Selalu kalau 30 hari baru pandai sengeh-sengeh.. “

” Ya Allah comelnyaa baby Rizqaa dah pandai gelak dan nak main tak sampai 2 minggu lagi,  she’s sooooo clever girl.. “

” Ya Allah newborn baby dah pandai gelak2.. Rare ni. Bijak2.. “

” MasyaAllah… Cerdiknya Rizqaa.. “

” Wah pandai nk bermain… Comey snyummm… “

” Cute dh pdai gelak.. “

” Pndai la dia. Kecik2 lagi dah pandai main dgn mummy. Ad0rable baby.. “

” Alolololololo…. Pandainya main dgn mummy heheheh… Tomeynya princess Rizqaa.. “

Alahai comelnya Rizqaa ! Pandai dia senyum bila ibunya bermain dengannya. Seronok betul tengok pasangan ini melayan anak kecil mereka, mesti teruja kan ! Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Rizqaa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG rizqaarizman, rizman nordin

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..