” Sepatutnya letak telur tak masak tadi baru dia tahu.. ” – Netizen

Video Gelagat Maryam You Narae Dan Nik Muhammad Ryzal Pada Hari Pertama Berkuarant1n Setelah Pulang Ke Malaysia Mencuit Hati Ramai. Part Maryam Pecahkan Telur Masa Makan Nasi Lemak Tu Paling Win !!

Maryam You Narae atau lebih dikenali di instagram dengan nama Maryam berasal dari Korea Selatan dan mulai dikenali ramai apabila berkahwin dengan seorang pemuda Melayu, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim. Meskipun berlainan budaya, negara dan bahasa keduanya hidup aman dan bahagia.

Ryzal yang berasal dari Kota Bharu Kelantan kelihatan begitu fasih berbahasa Korea dan Maryam juga mengusai serba-sedikit Bahasa Melayu. Menerusi akaun Instagram dan Youtube, Maryam dilihat cepat mempelajari Bahasa Ibunda Ryzal. Kerap kali dikongsikan video Ryzal mengusik Maryam berbahasa Melayu.

Ryzal juga ada menjelaskan Maryam banyak belajar bertutur dan berbahasa Melayu bersama peminatnya di instagram. Bagi menambahkan lagi kosa kata Maryam, Ryzal juga ada membelikan buku Bahasa Melayu bagi menambahkan pemahamannya. Namun, tiap kali Maryam memuatnaik video percakapannya, cara penyampaiannya cukup comel dan bersahaja.

Semalam, Maryam ada kongsikan video di akaun Instagram miliknya. Video itu memaparkan Maryam dan Ryzal berkuarant1n di Malaysia pada hari pertama. Comel sangat reaksi Maryam yang teruja makan nasi lemak. Part Maryam pec4hkan telur tu memang win sangat.

Ikuti perkongsian video Maryam dan Ryzal di bawah :

View this post on Instagram

. Day 1 quarantine in Kuala Lumpur😋

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr) on

Perkongsian video ini membuatkan netizen rasa terhibur dengan gelagat Maryam lebih-lebih lagi part pec4hkan telur itu. Antara komen-komen netizen :

” Balik kelantan luh.. kite makette. kalau maryam komen, aku belanja… kalau tak, selamat laa duit aku hahah.. “

” Yay welcome home Maryam! Lets meet up after your quarantine ok. Kita Coffee.. “

” Ketuk telur dkt kepala tu win.. Truly korea.. “

” Aku tengok video ni petang, tapi Maryam wish selamat pagi.. “

” Sepatutnya letak telur tak masak tadi baru dia tahu.. “

” Relex sja maryam ket0k telur d kplanya.. tak pernah tak lucu.. “

” Cute bile istri tegur knp tk makan dgn tangan. Lepas tu dia hent4k telur kat kepale… so Korean. Hihihi.. “

Baik-baik ya Maryam dan Ryzal berkuarant1n tu. Semoga boleh keluar selepas 14 hari berkuarant1n dan selamat balik ke kampung. Tak sabar nak tengok perkongsian Maryam sepanjang 14 hari kuarant1n ni. Semeoga dipermudah segala urusan pasangan ini dan kekal bahagia selamanya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryamyunrrr

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..