” Yeyyy mommy on camera, comel mommy pakai baju loose macam ni.. ” – Netizen
Awal Ashaari Kongsi Gambar Terkini Pernampilan Isterinya, Scha Alyahya Yang Kini Hamil 5 Bulan. Wahh Walaupun Nampak Simple Tapi Semakin Berseri-Seri Ibu Mengandung Ni !!
Ramai yang sudah mengetahui pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi. Perkongsian perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Awal ketika sambutan hari lahirnya menerusi akaun Instagram.
Paling terharu, video berdurasi 38 saat yang dikongsikan oleh Awal itu telah memperlihatkan keterujaan anak sulung mereka iaitu Lara Alana yang berkongsi berita gembira mengenai kehamilan ibunya sambil memegang kit ujian kehamilan.
Untuk rekod, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari telah mendirikan rumah tangga bersama Scha Alyahya pada tahun 2012. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Lara Alana pada 2014 yang kini telah pun berusia enam tahun.
Sejak hamil anak kedua ini, Scha dilihat kurang berkongsi gambar terkini dirinya di laman media sosial. Terbaru, hasil tinjauan di Instagram Awal telah berkongsi gambar isterinya itu ketika ingin pergi untuk membuat pemeriksaan kesihatan kandungan. Comel betul melihat Scha yang tampil berpakaian simple sebegitu.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
Gambar Scha itu telah mencur1 perhatian warganet. Malah mereka juga turut mendoakan semoga Scha dan kandungan dalam keadaan sihat selalu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Wah bestnye perut tak nampak semoga di permudahkn semua.. “
” Comelnya mommy.. pakai baju loose mcm ni baru comel.. “
” Scha pkai mcmni pn style je.. Klau aku pkai mcm rupa bgun tdo trus.. “
” Semoga dipermudahkan segala urusan urusan amin.. ”
” Alhamdulillah.. Pakai bj loose2 selesa bb dlm mummy tummy.. “
” Yeyyy mommy on camera.. Uniform pn uniform la. Tetap cantik.. “
Berseri-seri Scha, perut tu still tak nampak masih ramping. Kini usia kandungan Scha telah pun berusia 5 bulan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga kesihatan Scha dan kandungannya sentiasa sihat dan segala urusan ketika bersalin nanti akan dipermudahkan. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Awal Ashaari, Scha Alyahya
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..