” Dua-dua birthday sama. Tu memang baju menyambut kelahiran eh.. ” – Netizen

Hafidz Roshdi Kongsi Berita Gembira Isteri Selamat Melahirkan Anak Kedua. Part Bergambar Pakai Baju Yang Sama Dengan Senyuman Yang Sama Ketika Dapat Anak Sulung Pada Tarikh Yang Sama Tahun 2017 Tu Memang Win !!

Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Bin Roshdi telah berkongsi gambar bersama anak keduanya, seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada hari ini. Berita gembira itu dikhabarkan kepada peminat melalui instagram miliknya. Posting Hafid itu telah mendapat ucapan tahniah daripada peminat.

Hafidz bukanlah nama baru di pentas seni tanahair. Mula berkecimpung dalam bidang seni bermula dengan pembabitan dalam Hero Remaja, Hafidz kemudiannya berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan berjaya memainkan banyak watak dengan berkesan.

Untuk rekod, Hafidz telah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Humairah pada 9 September 2017. Kini, kehidupan mereka diserikan lagi dengan lahirnya seorang lagi bayi lelaki pada 9 September 2020 yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya. Alhamdulillah. Sudah sepasang permata hati anak Hafidz.

Alahai mesti seronokkan anak berkongsi tarikh lahir yang sama. Lagi bertambah sweet apabila Hafidz berkongsi gambar sedang mendukung bayi dengan baju yang sama dan senyuman yang sama ketika menyambut anak sulungnya. Bertuah sangat Hafidz dan isteri. Alhamdulillah semuanya selamat sudah.

Ikuti perkongsian Hafidz di bawah :

( Klik butang KANANย  > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Ramai peminat yang teruja dengan tarikh kelahiran anak Hafidz yang sama. Antara komen-komen netizen :

” Wah so amazing lah hafidz dan isteri.. Semoga anakยฒ membesar dgn sihat.. Tahniah dh dpt sepasang.. “

” Alhamdullillah, congrats hafidz. baju sama, date sama, kasut.. upss.. ahaha.. “

” Alhamdulillahhh. Tahniah brotherr.. Nasib rambut tak sama.. Tahniahh.. “

” Power g1la 3 tahun abah jaga conti.. alhamdulillah.. Tahniah bro.. “

” Nk mintak tipss… tarikh cntk… cm ner setting… thniah.. slmt berpantang.. “

” Omg.. Dua dua birthday sama.. Tu mmg baju menyambut kelahiran eh.. Tahniah2.. “

” Cantik nya date.. Alhamdulillah tahniah hafidz and wife.. “

Wahhh senang nak celebrate birthday nanti sama-sama. Selamat berpant4ng kepada Nurul Shuhada. Semoga ibu dan baby sihat serta dipermudahkan segala urusan. Mari kita sama-sama doakan, baby boy comel ini menjadi anak soleh. Penyejuk hati Hafidz dan isteri. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hafidz Roshdiย 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..