” Sungguh cantik sulaman ayat-ayat KHAT yang menghiasi di dulangnya.. ” – Netizen
Datin Mastura Kongsi Beberapa Hasil Gubahan Hantaran Majlis Pernikahan Anaknya, Wan Emir Dan Mira Filzah. Perkongsian Tersebut Telah Menarik Perhatian Ramai. Memang Rare, Lain Dari Yang Lain, Sangat Klasik !!
Sudah selesai majlis pernikahan selebriti terkenal, Mira Filzah bersama pasangannya Wan Emir pada 3 September baru-baru ini. Malah majlis resepsi juga telah turut diadakan pada 4 Sepetember dan 6 September dengan tema yang sangat menarik perhatian ramai.
Sangat jelas bah4ng kemeriahan majlis pasangani ni. Manakan tidak, beberapa hari ini, di laman media sosial boleh dikatakan kesemuanya cerita mengenai majlis pernikahan dan resepsi Mira Filzah. Dari pakaian pengantin, hiasan dewan dan pelamin turut diperkatakan oleh umum.
Umum mengetahui Mira Filzah telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar yang merupakan anak sulung kepada Datin Mastura Yazid iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi tugas-tugas khas.
Menerusi tinjauan di akaun Instagram milik Datin Mastura, telah berkongsi gambar hasil tangan untuk gubahan hantaran majlis pernikahan Wan Emir dan Mira Filzah. Dulang hantaran itu turut tertera tulisan jawi dalam betuk Khat yang sangat halusi dan cantik.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Gambar close up yang dikongsikan di Facebook Datin Mastura :
Perkongsian oleh Datin Mastura itu turut mendapat perhatian ramai yang memuji akan hasil tangan gubahan hantaran itu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Cantik hasil tekat orang kuala bangga sangat. Semoga kedua dua pasangan kekal hingga ke Jannah.. Aamiin.. ”
” Its so classic and creative… Ur fav colour too. Nice.. ”
” Cantik.. Tahniah Datin Mastura Yazid kerana masih mengekalkan warisan budaya melayu.. ”
” Sungguh halus, cantik dan menariknya sulaman ayat ayat KHAT yang menghiasi di dulangnya.. Seni tekad… Warisan yg harus diperlihara… Terbaik Datin.. ”
” Sungguh cantik Dan kemas sulamannya.. Teringat arwah opah pernah guna nie Masa nikah sepupu dulu kat Perak.. “
” Alhamdulilah seni tekat, saya bangga jadi org perak ,teman org kuale kangsor.. “
Woww memang cantik betul hasilnya. Halus betul hasil kerja tangan dalam tulisan jawi tu, sangat klasik. Tahniah buat Datin Mastura, yang tidak lupa akan warisan dan budaya kita. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga ikatan perkahwinan Wan Emir dan Mira Filzah kekal hingga ke Jannah. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG & FB Datin Mastura Mohd Yazid, IG wanemirafilzah
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..