” Sweet je, nmpak sangat tak pernah pegang tangan perempuan.. ” – Netizen

Video Wan Emir Astar Yang Asyik Tersalah Silang Tangan Dengan Mira Filzah. Macam Pelik Jadinya Bila Pegang Tangan Macam Tu. First Time Pegang Tangan Perempuan Ya Emir !! 

Umum mengetahui Wan Emir Astar dan Mira Filzah telah dinikahkan pada 4 September 2020. Rentetan dengan majlis tersebut, Mira dan Emir telah mengadakan 2 kali resepsi bagi meraikan saudara mara dan kenalan rapat. Majlis resepsi yang pertama telah diadakan pada hari Jumaat malam, dan semalam, 6 September 2020 mereka telah mengadakan majlis resepsi yang kedua.

Majlis resepsi tersebut diadakan lintas langsung secara ekslusif di semua platform rasmi Media Prima termasuk di di Melodi TV3. Tema serba biru muda rekaan pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi cukup menyerlah seri pasangan pengantin baru ini. Sama cantik sama padan, yang melihat semua terpegun, tertawan.

Bagi majlis resepsi kali kedua pasangan ini telah memilih tema Garden Wedding di A Park Puchong. Majlis ini agak berbeza temanya dengan resepsi kali pertama. Namun kemesraan dan keserasian pasangan secocok ini tampak semakin ketara semasa majlis diadakan. Banyak bait-bait yang menarik dan romantis telah di capture sepanjang majlis berlangsung.

Tampak tak penting, tetapi kekekokan Emir memegang tangan Mira menjadi bualan ramai. Aksi spontan tersebut mendapat perhatian netizen. Sweet sangat apabila Mira membetulkan cara pegangan tangan Emir setiap kali ingin mengambil gambar. Semuanya berlaku secara spontan dan nampak mencuit hati !

Ikuti perkongsian video sweet Mira ketika membetulkan tangan Emir :

Netizen rasa terhibur melihat gelagat pasangan merpati dua sejoli ini. Ramai membuat kesimpulan Emir tidak pernah memegang tangan perempuan sebelum ini. Antara komen-komen netizen :

” Agak²nye dia macam grogi kot.. Sebabkan Kak Mira terlalu cantik.. Comel je dua2 ni.. Ger4m tgk.. “

” Suami Mira malu2 lg tu.. Biar slh silng tngan jnji korg bdua sweet.. “

” Emir ni comel la.. Aduhaii.. untung Mira.. Comel sgt korang.. “

” Tak pnah pgg tgn pompuan Emir ni sbb slalu pgg tgn ibu.. Tu yg slalu salah silang.. Hehee.. Untung Mira.. “

” Kalau aku jadi lelaki tu pun aku segan weyh.. Rasa janggal sbb takde keluar mana² pompuan.. Hahaha.. “

” Xbljar pgg lg kn… Nnti biasa lh tu.. Sweet.. Dia salah pegang sbb nerv0us ni.. “

” So sweet and lovely.. Comel laa pasangan ni.. “

Comel kan. Semoga gelagat yang mencuit hati sebegini akan sering mewarnai kehidupan rumah tangga pasangan pengantin baru ini. Sama-sama kita doakan semoga pasangan ini berbahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga Emir dapat pegang tanggan Mira ke syurga abadi. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wanemirafilzah, Inaijari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..