” Lol kelakar, boleh dah dapat menantu tu Che Ta.. ” – Netizen

Rozita Che Wan Kongsi Gambar Bersama Anaknya, Ammar Effendy Ketika Di Majlis Resepsi Mira Filzah. Wahhh Nampak Macam Kakak Dengan Adik Je, Awet Muda Sungguh Che Ta. Namun Kapsyen Yang Ditulis Mencuit Hati Ramai !!

Rozita Che Wan atau Che Ta seorang selebriti yang tidak perlu diperkenalkan lagi.  Umum mengetahui Che Ta merupakan isteri kepada Zain Saidin. Mereka dikurniakan seorang anak yang comel iaitu Aaisyah Dhia Rania. Hasil perkahwinan yang terdahulu, Che Ta juga mempunyai 2 anak lelaki Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Tampil anggun dan bergaya di mana- mana majlis, anak kedua dari 7 beradik ini cukup mudah didekati dan mesra dengan semua orang. Personaliti bersahaja dan pandai mencuit hati orang ramai, membuatkan Che Ta disenangi ramai. Yang lebih menariknya, Che Ta tetap menggunakan slanga negeri kelahirannya iaitu Kedah ketika berbicara.

Che Ta juga sering berkongsi video-video dan gambar-gambar gelagat Aaisyah di akaun Instagram miliknya atau akaun Instagram Aasiyah sendiri. Setiap kali dikongsikan, pasti memperolehi jumlah view dan like yang banyak daripada peminat dan warga net.

Baru-baru ini Che Ta ada berkongsi gambar bersama anaknya ketika hadir ke majlis resepsi kedua Mira dan Emir di akaun Instagramnya. Jelas Che Ta masih kelihatan muda dan apabila dilihat seolah-olah nampak sebaya berdiri di sebelah anak teruna, Ammar. Dah macam adik dan kakak juga lagaknya. Maintain muda lah Che Ta ni !

Ikuti perkongsian di bawah :

Perkongsian Che Ta mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen netizen :

” Lol.. kelakar g1ler.. Boleh dah dpt menantu tu cik ta.. herlokk nnoohhh.. “

” Mcm adik dgn kakak je.. Anak macho mak cantik.. “

” Nice… mak dan anak.. Cikta nie hari2 cantik.. Tak lama lagi bulih menantu la Che ta… “

” Gojess che ta.. Anak hansomenya orang nya umur berapa tahun.. “

” Anak che ta.. bila lagi.. Huhu.. Mcm adik bradik.. “

” Tak lmbt cik ta plk boleh menantu.. Anak cekta yg ni iras mr bean.. “

” Hensem Amar cheq.. Dah mak lawa lagi.. You look like his sister “

Bertuahnya Che Ta. Masih kekal muda dan bergaya walaupun anak-anak sudah besar. Mesti ada rahsia awet muda yang Che Ta sering amalkan. Semoga Che Ta terus bahagia bersama keluarga tersayang dan suami tercinta, Zain. Semoga  Che Ta terus berjaya dalam karier yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..