” Baru nak layan, anak semoleh datang pulak. Comey la anak semoleh ni.. ” – Netizen
Video Anak Siti Sarah Datang Ketika Dia Sedang Menyanyi Lagu Ernie Zakri, Ku Bersuara Buat Peminat Terhibur. Comel Jer Matin Cakap Dengan Ibunya. Suara Siti Sarah Power Sungguh !!
Bukan mudah bergelar selebriti, segalanya pasti akan menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi jika ianya dikongsikan di media sosial. Seperti pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib Sepahtu juga antara selebriti yang sering menjadi perhatian warganet di laman media sosial.
Ramai yang kagum melihat pasangan ini berada dalam kedudukan selesa dengan hasil titik peluh dan usaha keras mereka. Dengan gaya kehidupan mewah serta hidup dalam keselesaan yang sering ditunjukkan kepada peminat sekadar untuk memberi inspirasi. Ini kerana ada kisah yang peminat tidak tahu disebalik kejayaan mereka itu.
Susah senang bersama, Siti Sarah dan Shuib dilihat pasangan yang sangat bahagia dengan kehidupan rumah tangga mereka, lebih-lebih lagi diserikan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni yang berusia 9 tahun, Dzahira Talita Zahra, 6 tahun , dan Ariq Matin, 4 tahun.
Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Siti Sarah telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya merakamkan sedang menyanyi lagu ‘Ku Bersuara’ dari penyanyi Ernie Zakri. Namun video nyanyian tersebut terhenti apabila didatangi anak kecilnya, Matin. Perbualan antara Siti Sarah dan Matin telah mendapat perhatian netizen.
Tonton video yang dikongsikan oleh Siti Sarah di bawah :
Rata-rata netizen terhibur dengan video Siti Sarah itu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Alaaa nak jadi anak yg semolehahhhhhhh jugakkkk.. “
” Alahaai anak yang semoleh baru nk layan feelinbtw cute jerk semoleh dia.. “
” Hahaha semoleh pon boleh LA.. Janji smpai maksud.. “
” Hahaha semoleh pun boleh.. “
” Mak dia pun semoleh ank dtg terus bg perhatian.. “
” Comel Matin  semoga menjadi anak yg soleh.. “
” Baru nak layan anak semoleh dtg plak… Comey la anak semoleh nehh.. “
Comel jer Matin datang dekat ibu cakap dia anak soleh, Ibu pun layankan anak soleh dia, berhenti menyanyi. Terserlah ibu yang penyayang Siti Sarah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Matin membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin by Berita Kopak
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..