” Bukan sebab dia arkitek, belajar pun tak habis kat UK. Father In Law dia Pioneer Air Asia.. ” – Netizen

Dituduh Tidak Habis Belajar, Menumpang Kekayaan Bapa Mertua, Azhar Sulaiman B1das Komen Mak Cik Bawang. Memang Terbaik Respon Azhar !!

Azhar Sulaiman antara pelakon yang menepa nama di persada dunia hiburan tanah air pada tahun 90-an. Malah dia juga sering menjadi perhatian ramai kerana memiliki wajah yang sangat kacak. Bukan sahaja bergelar seorang pelakon, Azhar juga merupakan seorang arkitek.

Mula menceburi bidang lakonan semasa menuntut di Universiti lagi. Azhar mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida “Connie” Ahmad malah Azhar pernah menjadi finalis Hero Remaja bagi tahun 1990/1991 yang turut serta oleh pelakon Esma Daniel dan Badrul Muhayat.

Telah mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan hatinya, Chempaka Emalin Pahamin dan pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua anak perempuan  iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan seorang anak lelaki bernama Andika Rees Pahamin.

Menerusi perkongsian di Facebook, Azhar ada berkongsi sedang beriadah bersama anak-anak di kolam renang di rumahnya. Ramai yang memuji akan rumah Azhar yang begitu cantik dan netizen juga turut berkata reka betuk rumahnya semestinya kerana Azhar merupakan seorang arkitek.

Ikuti perkongsian gambar oleh Azhar di bawah :

Rata-rata netizen memuji rumah Azhar yang begitu cantik dan mewah. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Best umah mami ada swimming pool, bole berkayuh LG.. “

” Bestnyerr rmh Bang Har.. seronok. Bersyukur dgn rezeki masing-masing.. “

” Utk orang yg have have mcm mami boleh punya kolam renang sendiri… Kaya raya.. “

” Kuarantin pon tak de hal kalo dok umah mewah mcm ni Abg Azhar Sulaiman… Macam macam ade… “

” Lumba perahu naga boleh buat kat sini nanti Mami.. “

” Cantik betul rumah Azhar Sulaiman.. “

” Enjoy betul mami dengan anak-anak.. “

” Memang terbaik lah, ayah yang penyanyang.. “

Namun, ada seorang netizen telah memberikan komen yang agak kurang baik dan komen tersebut juga telah menerima maklum balas oleh Azhar Sulaiman.

Azhar Sulaiman juga turut memuat naik bukti sijil dia telah tamat pengajian kepada netizen tersebut.

Kan dah kena..  Mujur Azhar Sulaiman menjawab dengan penuh kesabaran, kalau orang lain, dah kena mak1 sebakul rasanya. Harap sangat kepada semua warganet jika mahu komen, biarlah berhemah sikit yer. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Azhar sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azhar Sulaiman, Facebook Azhar Sulaiman by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..