” Ending yang sangat-sangat cuteee. Muaaahhh.. ” – Netizen

Gelagat Anak Betty Rahmat, Ardy Wira Ketika Sambutan Hari Lahir Bapanya Buat Netizen Terhibur. Alahai.. Pandainya Wira !!

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad kini begitu bahagia setelah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberikan nama Ardy Wira berusia satu tahun. Malah kehadiran si kecil itu juga menambahkan lagi seri kehidupan rumah tangga Betty dan suami.

Betty yang juga merupakan adik bongsu penerbit drama, Erma Fatima dan pelakon, Datin Seri Umie Aida ini baru-baru ini telah menjadi viral di laman media sosial, gara-gara memakai kostum dinasour ke pasar raya untuk membeli keperluan barang dapur ketika perintah kawalan pergerakan.

Betty juga dilihat seorang ibu yang sangat penyanyang menerusi video-video dan gambar di laman media sosial yang sering melayan kerenah anak lelakinya. Malah video dan gambar bersama keluarga turut menjadi perhatian warganet melihat gelagat Ardy Wira yang semakin bijak.

Menerusi akaun Instagram, Betty telah berkongsi video sempena sambutan hari lahir suami tercinta Ardy Damis. Sambutan hari jadi suami Betty disambut hanya di rumah memandangkan kini negara kita dalam tempoh perintah kawalan pergerakan. Video itu sangat menghiburkan lebih-lebih lagi melihat gelagat Ardy Wira.

Tonton perkongsian video oleh Betty tersebut di bawah :

Rata-rata netizen juga begitu terhibur dengan gelagat Ardy Wira dalam video itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comei betui si Wira ni… “

” That last sekali Wira cakap “muah” my heart melt! Happy family.. ” 

” Get1k lah tengok Wira tuuuuuu usha kek.. “

” Wira ni kan… Muka dia sentiasa mcm cheeky funny… Mudah terhibur ni budak nii hehe.. “

” Ger4mnyaaa saya keluarga ni .. “

” Tang hujung muah tu paling mahal.. “

” Muah” smart boy la Wira.. “

Bahagia betul tengok keluarga kecil ni malah melihat gelag4t Wira dalam video tersebut memang sangat menghiburkan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat suami Betty, semoga sentiasa kekal bahagia bersama keluarga tercinta. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..