” Kau ni bukan bini malas, kau ni memang baik sebenarnya, tapi kau bini haw4u Eira.. “
Gelagat Pak Azad Buat IG Review Produk Tudung Buat Ramai Yang Gelak Berdekah-Dekah. Serius Kelakar Wehhhh !!
Kepada yang mengikuti akaun instagram pelakon Azad Jazmin atau dikenali dengan nama Pak Azad dan isterinya pelakon dan penyanyi Eira Syazira mesti anda selalu melayan video-video kelakar dan sweet pasangan ini.
Pak Azad ni buat video tak sah tak kelakar. Ada je idea dia nak bagi orang gelak. Memang tak kering gusi kalau menonton aksinya yang kuat mengusik dan bergurau sama ada dengan isterinya, anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.
Lelbih-lebih lagi bila mendengar isterinya, Eira Syazira yang gelak terbahak-bahak menyaksikan gelagat kelakar suaminya itu membuatkan netizen juga turut terhibur dan ketawa bersama menonton video perkongsian mereka.
Menerusi akaun instagram, Pak Azad ada berkongsikan satu video sedang membuat review produk tudung bersama isterinya Eira Syazira. ‘Shawl’ itu bernama #binimalas oleh Om3ra KL.
Menerusi video berkenaan, Pak Azad dipakaikan ‘shawl’ itu oleh Eira Syazira. Pak Azad kelihatan cantik pula memakai ‘shawl’ itu sambil mengenakan kaca mata yang menawan yang diberikan oleh anaknya.
Kedengaran suara Eira Syazira gelak besar membuatkan suasana menjadi lagi gamat. Alahai ‘sporting’ betul pasangan ini, sekali dengan anak-anaknya ‘sporting’ habis.
Antara kata-kata Pak Azad yang mencuit hati dan buat ramai yang sakit perut gelak dalam video ini adalah :
” Nenek ko Eira.. “
” Lain kali ko ambik semua IG review br@ dan p@ntyliner. Senang.. ”
” Kau pun sama naik macam mak kau juga.. “
” Kau ni bukan bini malas, kau ni baik sebenarnya, tapi kau bini haw@u Eira.. “
Jom tonton video penuh di bawah :
Rata-rata peminat sangat terhibur dengan telatah pasangan bahagia ini. Antara komen-komen peminat :
” Suami isteri dua dua masuk air.. “
” Pak azad x pernah mengecewakan.. “
” Hahhaha . Har@mmmm tol. Bedekahh aku gelakkk.. “
” Korang dua2 ni sama naik, x pernah x terhibur tgk gelagat both of u… anyway comel pak azad kita pakai shawl bini malas tu… hehehehe.. “
” S4kit pulak perut aku gelakk adoii.. “
” Dah mcm hantu dlm movie conjuring dh.. comel pak azad ni hahahaa.. “
” Hahhaha aku suka glee tgok family ni… Lawak gler.. “
” 10 kali ak ulang tengok.. mengekek aku gelak.. “
” Die ni mmg dokk. Aku kalu murung tgk video diorg hahahaha mpus gelakk xingt dunia.. “
Alahai serius lawak, memang ketawa tak kering gusi bila menonton video dari Pak Azad ni. Semoga lepas ini lebih banyak lagi video-video Pak Azad yang kelakar dan menghiburkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Azadsyazirarose by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..