Tak Sangka Ini Jawapan Yusuf Iskandar Apabila Ibunya Hanis Zalikha Tanya Nama Penuh Bujibu
Alahai Bijaknya Yusuf, Sesuai Sangat Nama Yusuf Bagi Tu !!
Ramai yang sedia maklum pelakon filem Paskal, Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha memiliki seekor kucing yang bernama Bujibu Chempel. Bujibu menjadi salah satu kucing yang diminati di Malaysia kerana kecomelannya dan pengikutnya di Instagramnya kini mencecah 1.2 juta.
Kucing kesayangan pasangan ini berasal dari Ukraine, Rusia dan dari baka British Short Hair. Gelagat, aksi serta mimik mukanya yang bersahaja dan kelihatan bongkak membuatkan ramai yang tertarik dan terhibur.
Ditambahkan lagi dengan ‘caption’ di instagram yang mencuti hati, membuatkan peminat turut sama meningg4lkan komen yang menghiburkan dan ‘membahan’ Bujibu.
Menurut Hanis, “ Chempel adalah nama asalnya di Rusia. Tetapi dia tak pernah respon kepada nama itu macam dia sendiri pun tertanya-tanya siapa Chempel tu. Jadi, saya tambahkan awalannya Bujibu. Bujibu tu datang daripada bunyi comel yang menggeramkan (“bujibujibujibu”) dan dari situlah Bujibu Chempel menjadi nama penuhnya.”
Menerusi akaun instagram Hanis Zalikha berkongsi satu video sedang berbual dengan anaknya Yusuf Iskandar dan Bujibu. Sambil mengusap-usap Bujibu, Hanis bertanya kepada Yusuf siapakah nama penuh Bujibu.
Apa yang menariknya, jawapan Yusuf membuatkan ramai yang gelak dan terhibur. Alahai comel betul awak ni Yusuf. Bijak sangat !!
Kalau nak tahu apa yang Yusuf jawab, sila tonton video penuh di bawah :
Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan daripada Yusuf. Antara komen-komen netizen :
” Hahahahahahahaha kenapa yusuf comel sangat niiiiiii.. “
” Hahahaha redha jekla jibu. Nama kena ada mix malay sikit. Ni malaysia tahu. Kat malaysia chempel tu ceper penutup botol kicap.. “
” Kena tukar nama la jibu.. bujibu iskandar pun sedap la.. “
” Hahahahhaa geram aku .. jibukandar .. nampak kat situ yg budak ni pinterrr … hahahahahahahha.. “
” Bujibu ni gebu sngat laa.. ank sy klu dpt jibu ni abis diganyang nya.. nak sbaye dgn yusuf tp yusuf elok jee syg kucing.. ank sy syg smpai penyot2 kucing tu dia buat.. aihh laa jibu.. gewammm dgn awokk.. “
” Alhamdulillah, pandai Yusuf bagi nama baru Kat bujibu, lepas nie xleh guna pawskal dah, kene letak jibuiskandar.. “
Pandai Yusuf bagi nama Jibu Iskandar kat abang Jibu Yusuf tu. Sesuai sangat nama adik beradik di hujung sama. Bijak betul Yusuf ini. Muka abang Bujibu nampak macam redha je dapat nama penuh macam tu. Kan Yusuf ? Apa-apa pun itu satu nama yang baik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bujibu Chempel by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..