” Apa benda ni ? Ini bukan turban, ini macam otak belah tepi.. “

Gelagat Shuib Menyakat Isterinya, Siti Sarah Buat Ramai Yang Terhibur. Aduiii.. Kesian Siti Sarah Kena ‘Bahan’ !!

Pasangan pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin tidak perlu diperkenalkan lagi. Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Mereka bukan sahaja berjaya dalam bidang seni, tapi turut berjaya dalam bidang perniagaan. Pasangan ini memasarkan produk berasaskan madu dan juga kosmetik. Perniagaan mereka bertambah maju dengan permintaan yang tinggi daripada pelanggan-pelanggan.

Dalam video sebelum-sebelum ini yang dimuatnaik oleh Shuib atau pun Siti Sarah, kita dapat menonton gelagat Shuib yang selalu menyakat isterinya ini.

Siti Sarah berkongsi videonya dan sekali lagi disakat oleh Shuib. Menerusi video ini, Shuib sedang merakamkan video mempromosikan satu produk Serum.

Tiba-tiba Siti Sarah muncul di belakang dengan memakai turban yang senget.

Apa yang menariknya, Shuib tiba-tiba gelak melihat penampilan Siti Sarah itu. Kata Shuib, itu bukan turban tapi macam otak belah tepi.

Siti Sarah mengatakan itu adalah fesyen. Shuib tiba-tiba mencelah dan mengatakan itu bukannya fesyen, tapi seperti ular sawa sedang membelit kepala isterinya sampai terkeluar otak. Serius kelakar !!

Akhirnya Siti Sarah akur dan berlalu pergi. Tetapi Shuib masih mengejar isterinya sambil terus menyakat. Alahai comel betul pasangan ini.

Tonton video penuh di bawah :

” Dia ni kalau tak puas hati die kejar dan kut0k depan muke @shuibsepahtu melamp4u betul .. saya boleh naik hantu … “

” Youtube siti sarah channel boleh tengok kejadian sebenar !! dan ingat ye your time will come.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan telatah pasangan ini. Antara komen-komen netizen :

” Sarah cantik.. Kalau boleh jgnlah pakai turban.. manis lg kalau bertutup leher dgn dada.. “

” Hahahaha i suka shuib n sarah. But very funny the way shuib tegur sarah.. Santai2 je.. “

” Saya suka tengok Sarah bertudung cantik sgt tapi maaf bnyk2 leher tu juga aurat besar dosanya jika didedahkan sayangkan suami tutup lah aurat dgn sempurna mengikut perintaNya semoga kita semua sama2 terus beristiqomah apa2 pun suka tengok suami isteri ni sweet je.. “

” Adui kak sarah.. kena sengat lebah ke…. tu kalau nampak lebah nanti dia buat rumah. hahhahahaha.. “

” Hahaha comel la both couple ni.. Tapi shuib lagi kelakar.. kalau tegur.. ckp direct sambil lawak.. Cute la .. “

” Tegur2 manja tapi tegas.. harap sarah faham maksud husband.. ade maksud yg mendalam, tapi cara yg seloroh.. “

Tonton video penuh di bawah :

Alahai comel sangat-sangat Shuib dan Siti Sarah ni. Shuib tak habis-habis menyakat isterinya. Ini yang membuatkan rumahtangga lagi bertambah bahagia dengan gurau-gurauan dan usik mengusik seperti ini.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga pasangan comel ini bahagia sampai ke syurga di samping anak-anak yang tersayang. Teruskan usaha dan perjuangan dalam bidang seni tanahair dan semoga berjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG & Youtube Siti Sarah Raissuddin by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..