” Baem cemb0ru sebab dia kan nak jadi Ustaz. Hati dia lembut sekali.. “

Video Baem Adham, Anak Dato’ Aliff Syukri Menangis Sebab Tak Hafal 1 Juzuk Al-Quran Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Bagusnya Baem, Anak Soleh !!

Nama anak-anak kepada pasangan usahawan berjaya dan popular Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata ramai yang tahu dan kenal semua anak-anak pasangan ini. Mereka turut terkena tempias popularity ayah dan ibu mereka.

Hasil daripada perkahwinan Dato’ Aliff dengan Datin Shahida, pasangan ini dianugerahkan 4 orang cahaya mata yang bernama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusof Alqardawi. Mereka juga turut mengambil seorang anak angkat yang comel diberi nama Ameena.

Sekiranya anda mengikut akaun Instagram Dato’ Aliff dan Datin Shahida, pastinya anda mengetahui anak ketiga mereka, Ibraheem Adham atau lebih dikenali dengan panggilan Baem seorang yang berjiwa lembut dan kuat menangis.

Namun begitu, Baem seorang anak dan abang yang penyayang, rajin membaca dan menghafaz ayat Al-Quran dan sangat manja dengan ibu dan ayahnya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Baem kelihatan menangis dan dipujuk oleh ibunya. Apa yang mengharukan adalah Baem menangis kerana dia masih belum menghafal walaupun 1 juzuk sedangkan abangnya Ammar Ahyan sudah dapat menghafalnya.

Baem betul-betul sedih sambil dipujuk…

Kelihatan dia cuba menahan diri daripada menangis…

Tetapi akhirnya airmata tidak dapat ditahan dan dia menangis…

Tonton video Baem yang menahan airmata di bawah ini.. :

” Baem cemb0ru la ammar dah hafal 1 juzuk…. baem belum lagi.. “

View this post on Instagram

baem cemburu la ammar dah hafal 1 juzuk….baem belum lagi 🤧🤧

A post shared by Ibraheem Adham (@baemadham_terlajaklaris) on

Ramai netizen yang memberi sokongan kepada Baem supaya suatu hari dapat menghafal al-quran dan menjadi anak yang soleh. Antara komen-komen netizen :

” Baem cemb0ru tk boleh hafal lagi sebab dia kan nk jadi ustaz…..jangan mengalah baem….. “

” Takpe la kalau dia cemb0ru pun…nanti dia pun akan lawan dengan ammar ahyan…. dia boleh hafal juzuk kebih banyak lagi.. “

” Go baem… go…. truskan usaha….. baem xmo ngis2 ye.. “

” Comelnya Baem, goodboy. Insyaa Allah mudah2an Baem pun boleh hafal Quran ok. bukan 1 juzuk je, 30 juzuk insyaa Allah..

” Baem ni hati dia lembut sekali.. “

” Baem anak soleh mama.. “

” Anak2 bawak rezeki untuk mak dan ayah dia. Untie doa untuk baem dgn adik beradik yg lain jd anak yang soleh dan solehah.. “

” Baem bijak, tak lama lagi boleh hafal.. “

Alahai comelnya Baem, menangis kerana tidak hafal Al-Quran. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga suatu hari Nanti Baem dan adik-beradiknya menjadi anak yang soleh dan berguna bukan sahaja kepada ibu bapanya tetapi kepada agama. Aminnn…

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel ini, Silakan SHARE Ya!

Sumber : IG Baem Adham by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..