” Aku ada dua orang isteri tapi aku abaikan isteri pertama, Nadia.. “

” Suatu hari aku tanya Nadia kenapa dia redha bermadu dan tak mar4h aku main kayu tiga, jawapan Nadia buat aku menyesal tak sudah.. ” – Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Yang Buka Mata !!

Tidak dinafikan bahawa p0ligami dibenarkan dalam Hukum Syarak. Tetapi apa yang menyedihkan ialah p0ligami sering dilihat sebagai sesuatu yang menyeronokkan untuk kaum lelaki, sebaliknya tidak bagi wanita yang dimadukan.

Lebih-lebih lagi bagi isteri pertama yang merasakan cinta dan kasih suami sudah tidak lagi tertumpu sepenuhnya kepadanya. Malah ada suami yang mengabaikan isteri pertama apabila sudah berkahwin baru dan membiarkan isteri pertama menguruskan anak-anak seorang diri.

Di bawah adalah perkongsian seorang suami mengenai kehidupannya yang berp0ligami. Beliau menceritakan kisah isteri pertama yang sudah redha dan akhirnya tawar hati dengan sikapnya. Perkongsian beliau buat ramai yang buka mata.

Basa kisah di bawah :

Jujur cakap, aku tak tau macam mana nak mulakan cerita ni. Tapi aku bagi pengenalan ringkas. Aku ada dua isteri, Nadia ( isteri pertama) dan Mira ( isteri kedua). Aku dan Nadia kenal tahun 2012. Kami kenal di tempat kerja, salah satu multinational corporation terbesar di Malaysia. Nadia auditor, aku IT technician. Nadia tua 7 tahun dr aku, dia 32 dan aku pula 25.

Sejak aku join company ni, Nadia memang antara staf perempuan yang popular di kalangan semua staff lelaki. Baik yang kahwin sampai la bujang, semua idamkan Nadia sebab dia tinggi, putih melepak dan muka baby face. Nadia ni jenis serius and kurang bergaul sikit.

Satu hari tu Nadia buat audit dekat luar daerah and laptop dia rosak. So aku kne on call repair laptop dia kt site. Da dapat no Nadia, aku mula ngorat sebab aku pun dah lama crush kat dia.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Sebulan kami berkawan, aku jat0h hati dengan sifat keibuan Nadia (lelaki baya aku banyak suka sifat ni). Lepas dua bulan, kami kahwin. Tak sempat sgt bercinta tapi aku yang angau teruk masa tu. Tambahan pulak aku tau ramai kenalan aku berebut nak tackle Nadia.

Sepanjang kami kahwin tak pernah ada masalah walaupun Nadia selalu travel sebab kena audit operation company kami di seluruh Malaysia. Paling lama 5 hari and aku akan jaga dua anak kami bila dia outstation.

Pertengahan 2018 aku terjebak dengan tinder. Pengaruh kawan tempat kerja. Mula2 sekadar nk chat bila Nadia outstation, sampai la aku jumpa Mira.

Mira muda 10 tahun dari aku. Kali kedua aku jat0h hati sebab perangai manja dan caring Mira (masa ni aku dah 32 dan lelaki baya aku banyak suka anak gadis mcm Mira). Terdesak nak kahwin dengan Mira, aku jujur dengan Nadia.

Aku ingat lagi, mula2 Nadia nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan aku. Nadia redha je benarkan aku kahwin dengan Mira.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Masa ni aku rasa berbelah bagi sangat2. Tertekan sebab dh janji nak nikahi Mira dan dalam masa yang sama sedih sebab Nadia seolah2 nak lepaskan aku. Sebelum kahwin, Nadia siap pesan jgn risau pasal belanja rumah dan anak2 sebab dia kerja tapi Mira tak. Jarak rumah Mira dan Nadia cuma 5 minit drive.

Mula2 dulu, aku jaga anak2 di rumah Nadia bila dia outstation tapi lepas tu aku minta bawak balik mereka ke rumah Mira. Senang sikit bila aku kerja and Nadia pun tak kisah. Bagi Nadia takpa anak2 kenal Mira tapi dia tak nak face to face berdua dengan Mira.

Jadual giliran tak tetap sebab Nadia travel 3-5 hari seminggu. Bila Nadia outstation, aku kt rumah Mira, bila Nadia tak travel aku di rumah Nadia. Namun kdg2 aku sengaja stay dekat 2-3 minggu di rumah Mira sebab nak uji perangai tak kisah Nadia.

Dlm 4 bulan lepas aku kahwin, Nadia resign and kerja di firma akaun. Tak perlu travel dan hanya audit di office. Anak2 Nadia hantar di nursery sampai dia habis kerja. Masa ni aku mula honeymoon dengan Mira sampai 4-5 bulan tak balik ke rumah Nadia. Sekalipun Nadia tak bising mintak aku balik.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Sepanjang ni Nadia banyak spent masa bercuti dengan anak2 tanpa aku. Pergi legoland, singapore dan terbaru ke jepun. Hanya mereka 3 beranak tanpa aku. Hanya sebab tak nak luk4kan Mira, aku menolak pergi bercuti dengan mereka.

Lama kelamaan aku jadi sunyi dengan Mira. Manisnya fasa honeymoon dah habis dan aku rindu nk bersama keluarga aku. Mira tak nak berbuka puasa sorang, jadi sepanjang Ramadhan aku tak pernah berbuka dengan Nadia.

Baru ni aku blik ke rumah Nadia, sedih sebab Nadia lansung tak expect aku balik. Berbuka masa tu cuma baki makanan anak2 aku, bubur nasi dan nugget.

Lepas anak2 tidur, aku tunggu Nadia lama dalam bilik. Nadia masuk malu2 and kami jadi kekok nak berbual bila berdua. Masa ni aku rasa macam lamanya aku dah abaikan Nadia. Aku terus luahkan apa yang terpend4m.

Kenapa tak fight hak dia sebagai isteri, kenapa izinkan aku kahwin lain, kenapa bercuti tinggalkan aku, kenapa dia chill sangat hadapi semua ni, kenapa dia redha bermadu, kenapa tak mar4h aku main kayu tiga dan banyak lagi kenapa.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Lama Nadia diam, pastu dia nangis. Rupanya Nadia dah lama tahu pasal aku dan Mira. Berbulan sebelum aku mintak izin untuk nikah kali kedua. Nadia makan hati dengan aku tapi dia pilih untuk berdiam diri atas rasa bersalah utamakan kerja dari keluarga.

Kata Nadia, sepanjang aku kahwin dengan Mira, Nadia dah persiapkan diri untuk jadi ibu tunggal seandainya dia dicer4ikan. Masa ni aku rasa sedih sgt. Nadia betul2 dah tawar hati dengan aku.

Di saat aku abaikan dia, daripada meratap dia pilih untuk bahagiakan diri dan anak2. Nadia suruh aku cari kebahagiaan dengan Mira dan mintak aku lepaskan dia.

Nadia bukan sekadar isteri, tapi dia juga ibu kepada anak2 aku. Nadia mintak aku jgn persiakan Mira sebab andai kata kami tiada jodoh aku masih ada Mira untuk jaga aku. Berkali aku tanya Nadia, tak sayang aku ke? Tak benc1 Mira ke? Nadia balas dia dah takde hati untuk sayang and dah takde hati untuk benc1.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Aku betul2 buntu dengan Nadia. Sekarang dia buat diri macam patung bila dengan aku. Tak lama nak raya and Nadia siap dah atur jadual balik kampung. Hari pertama dan kedua aku beraya dengan mira di kampung mira.

Nadia dan anak2 di kampung aku. Raya ketiga dan keempat aku dan mira di kampung aku, Nadia dan anak2 di kampung Nadia. Kat mana aku di mata dia.

Masih wujud atau tak wujud. Buat para suami yang mengeluh isteri pjj atau isteri doktor, fikir lah dua kali sebelum bermain kayu tiga. Aliff aziz tu untung bella masih nak pertahankan rumahtangga mereka walaupun dah terlerai.

Macam aku Nadia betul2 dah buang aku dekat Mira – Amin (Bukan nama sebenar)

Kepada kaum lelaki, jika anda rasa tidak mampu untuk berlaku adil kepada isteri-isteri anda, abaikanlah niat anda untuk berp0ligami. Bukan sahaja adil kepada isteri-isteri, malah perlu adil kepada anak-anak juga.

Jangan kerana mengikut h4wa n4fsu semata-mata untuk bernikah lagi tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku selepas itu. Tetapi jika anda mampu, islam pun tidak menghalang p0ligami asalkan boleh berlaku adil dan tidak mengabaikan mana-mana pihak.

Jangan sampai ada yang tawar hati dan mengundurkan diri, pada masa itu baru anda rasa menyesal tak sudah dan ianya tidak berguna lagi. Wallahulam.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Silakan SHARE..

Sumber : IIUMC / Dikemaskini oleh Berita Kopak