” Ok, enough. Aku dah boleh masuk AJL.. “

Gelagat Pak Azad Berlatih Vokal Dengan Ernie Zakri Buat Ramai Terhibur. Amboi Konfidennya Pak Azad. Serius Kelakar !!

Kepada yang mengikuti akaun instagram pelakon Azad Jazmin atau dikenali dengan nama Pak Azad dan isterinya pelakon dan penyanyi Eira Syazira mesti anda selalu melayan video-video kelakar dan sweet pasangan ini.

Pak Azad ni buat video tak sah tak kelakar. Ada je idea dia nak bagi orang gelak. Memang tak kering gusi kalau menonton aksinya yang kuat mengusik dan bergurau sama ada dengan isterinya, anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.

Lelbih-lebih lagi bila mendengar isterinya, Eira Syazira yang gelak terbahak-bahak menyaksikan gelagat kelakar suaminya itu membuatkan netizen juga turut terhibur dan ketawa bersama menonton video perkongsian mereka.

Menerusi akaun Instagram, Pak Azad berkongsi video sedang membuat latihan vokal dengan penyanyi dan juga guru vokal, Ernie Zakri.

Apa yang menariknya, tengah asyik melayan Pak Azad menyanyi, tiba-tiba dia berhenti menyanyi dan berkata ” Ok, enough. Aku dah boleh masuk AJL.. “ sambil berjalan ke arah pintu dan keluar daripada bilik itu.

Gelagat Pak Azad yang kelakar itu membuatkan isterinya Eira Syazira dan Ernie Zakri ketawa terbahak-bahak. Video ini mendapat perhatian ramai dan turut membuat netizen terhibur dengan telatah Pak Azad yang mencuit hati.

Jom tonton video di bawah :

” Alhamdulillah, setelah berlatih vocal dgn miss @erniezakri walaupun 2 kerat saya dah boleh masuk AJL dan juga ber concert dgn my idol @anuarzain70 hoorayyy now I’m a singer tq Ernie Zakri !! hahahahhaha “

” @omjanatop @dodhyofficial and to @syamel_official AWAS LOR! GUE BISA KALAHKAN LOR DI AJL AKAN DATANG NANTI.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Pak Azad. Antara komen-komen netizen :

” Sedap suara pak azad. Try lahh duet dgn wife .. Konpom meletuppsss.. “

” Tgh syiok2 dgr (pakai earpiece), terperanjat kat penghujung nya @azadsyazirarose tepok tangan… Koosmangat!!!! “

” Klu tak silap pak azad dulu mmg menyanyi kan. masuk rancangan reality show ntv7 klu tak silap. pertandingan menyanyi & berlakon sekali. alah tak ingat lah apa nama show tu. lama sgt dah.. “

” Aku punya laaa layan terpegun sdap gilaa suara pak @azadsyazirarose tiba2 dia bole habaq dgn confidentnya dh bole msuk AJL KAH3. LAWAKKK OIII.. “

” Punyalah sis menghayati lagu tu last2 tergelak sis.. “

” Wahhhhhhh, rasenye lbh kurg 8 tahun abg @azadsyazirarose x menyanyi mcm ni.. abg azad mmg talented sgt2.. dr mula2 dikenali hgga skrg selalu follow.. ape kata abg azad nyanyi kan semula lagu SUARA RINDU ost cibta balqis tu.. sedap sgt2.. x sabar tggu lagu baru ni.. “

Alahai serius lawak, memang ketawa tak kering gusi bila menonton video dari Pak Azad ni. Harap selepas ini lebih banyak lagi video-video Pak Azad yang kelakar dan menghiburkan dikongsikan lagi.

Apa-apa pun suara Pak Azad memang sedap. All the best Pak Azad !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azadsyazirarose by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..