Aksi Aaisyah Dhia Rana Tak0t Kena Mar4h Dengan Zain Saidin Buat Ramai Terhibur
Haaaa Tau Takut Aaisyah. Menggelabah Ter0kkkk. Hahahaha !!
Sekiranya anda mengikuti akaun Instagram Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta dan juga akaun Instagram Aaisyah Dhia Rana, anda mesti perasan nama seorang pemuda bernama Rosix selalu disebut-sebut oleh Aaisyah.
Untuk pengetahuan Rosix Omar adalah kawan baik kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, secara tak langsung Rosix juga merupakan kawan baik Aaisyah sendiri.
Menerusi akaun instagram Rosix Omar, banyak video-video dan gambar-gambar Aaisyah dimuatnaik. Aaisyah kelihatan sangat manja dengan Rosix.
Rosix juga sering membawa Aaisyah keluar membeli barang, mainan, alatan sekolah dan juga pergi menonton wayang.
Rosix ada memuatnaik video sedang bersembang dengan Aaisyah dan Che Ta di akaun Instagramnya. Melalui video itu, semasa Aaisyah mengambil sebuah telefon bimbit yang berada di atas meja, Che Ta mengatakan yang Daddy Aaisyah sedang melihat Aaisyah menerusi CCTV.
Apa yang menariknya, Aaisyah kelihatan takut dan gelabah terus mencampakkan kembali telefon bimbit itu ke tempat asalnya dan terus lari ke arah Rosix. Manja betul Aaisyah dengan Rosix.
Menurut Aaisyah, dia hanya buat tipu-tipu sahaja. Alahai comel betul Aaisyah ni. Rosix ta berhenti menyakat Aaisyah mengatakan yang Daddy Aaisyah akan marah bila Aaisyah main telefon. Aaisyah kemudiannya takut dan terus pergi ke arah ibunya.
Admin tak dapat nak bayangkan muka mat saleh Zain Saidin marah kat Aaisyah. Tegas juga rupanya Zain kan ? Bagus lah macam itu, sebab kita tak boleh nak manjakan sangat anak-anak dengan telefon bimbit. Lebih-lebih lagi anak yang masih kecil.
Jangan risau yer Aaisyah, Daddy buat seperti itu bersebab. Supaya Aaisyah tidak leka dengan telefon dan mengabaikan perkara lain yang lebih penting dalam kehidupan seharian Aaisyah.
Tapi gelagat Aaisyah yang takut-takut dan muka cuak Aaisyah itu buat ramai yang geram dengan telatah Aaisyah. Serius comel sangat !!
Jom tonton video penuh di bawah :
” Happy Sunday !! Mula2 gelak.. pastu pegang phone takut la Daddy nmpk !!! Daddy xkasik @aaisyahdhiarana111 main phone!!.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Aaisyah. Antara komen-komen netizen :
” Alolo.. comey je bila dia jawab ecah tipu2 je… hehe.. “
” Hahaha @aaisyahdhiarana111 main tipu2 je hahahah.. terus dicampaknye hp tu hahahah.. x sangka @therealzainsaidin tegas org nya.. i loike !! “
” Pak @rosixomar kalau nyakat.. memang gemor. Hahahaa… pandai aishah cover line.. “
” Zain kalau marah nan aisyah cmne lah gak nye.. t tenung muka aiayah lama2… sambil tunjuk tgn acah2 nak pukul.. huhu.. “
” Aishah buat tipu2 je.. Akai jenuh.. “
” Hahahaha ye ker Aisyah buat tipu2x. Takoot daddy marah ler tu. ComellΔΊ.. “
” Kantoi takut kat daddy bukan dia lari pi kat mak dia, dia lari pi kat rosix jugak…. manja sungguh dgn rosix.. “
” Ya Tuhan. Aunty asyik memuji Ecah je. Elok, boleh jd contoh pd ibu bapa lain. Daddy tegas tak benarkan Ecah asyik ngadap Smartphone.. “
Admin kongsikan lagi beberapa video dan gambar Aaisyah yang dimuatnaik oleh Rosix :
Alahai Aaisyah tak pernah tak comel kan ?
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rosix Omar by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..