Lelaki Ini Terkej0t Apabila Tiba-Tiba Ternampak ‘Tali’ Yang Berwarna Hitam Tergant0ng Di Depan Rumahnya

Tak Sangka, Rupa-Rupanya ‘ Tali ‘ Tersebut..

Alam semulajadi selalu hadir dengan fenomena tersendiri yang kadang-kadang tidak tercapai dek akal. Kita selalu menjumpai perkara-perkara yang kita tidak sangka dan menunjukkan keajaiban alam semulajadi.

Seorang lelaki Brazil, Francisco Boni terkej0t apabila terpandang seperti ‘tali bewarna hitam’ di hadapan rumahnya pada suatu pagi.

Tetapi apa yang dia sangka tali tersebut adalah sebuah ‘jambatan’ yang di bina oleh Kerengga. ‘Jambatan’ tersebut dibina oleh Kerengga tersebut untuk menyer4ng sarang lebah yang berada di bumbung rumah.

Menurut Boni, lebah akan lari akibat ser4ngan dari kerengga ini. Gerombolan kerengga ini akan memasuki sarang lebah tersebut membawa kepompong, larva, telur dan lebah yang tak bermaya untuk melarikan diri untuk dijadikan stok makanan bagi semut.

Fenomena yang unik tersebut dirakam oleh Boni dan memuatnaiknya ke media sosial. Video ini mendapat 800 ribu tontonon. Ramai orang merasa kagum dan takjub melihat fenomena tersebut.

Proses terjadinya jambatan kerengga ini sangat mengagumkan. Mula-mula, kerengga akan berganding antara satu sama lain. Setelah satu sisi dapat mencapai bahagian hujung, struktur seterusnya akan dikukuhkan oleh kerengga yang lain.

Jambatan ini dibina bukan sahaja untuk menyer4ng sarang lebah tetapi sebagai jalan singkat untuk memendekkan jarak sarang kerengga menuju ke sumber makanan.

Fenomena yang berlaku ini membuktikan kerengga ini memiliki kecerdasan dalam merangka strategi.

Boni yang juga seorang jurutera menemui fakta yang struktur jambatan tersebut di bina berbentuk U kerana kerengga tersebut berjalan terbalik. Jadi struktuk yang berbentuk U ini akan memberi kesan lebih efektif untuk mereka pergi dan balik tanpa harus bertembung dan berpusing jalan.

Begitulah keajaiban fenomena yang berlaku. Pasti ada yang mengaturnya. Segala keajaiban alam sebenarnya membuktikan adanya kebesaranNYA.

Tonton video penuh di bawah :

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Sumber : Pet88 / Disediakan dan diterjemah oleh Berita Kopak