” Jumpa Wawa depan-depan takde lah cantik mana.. Ermmm.. “
Bila Aeril Zafrel Mengusik Isterinya, Respon Wawa Zainal Betul-Betul Win. Kan Dah Mendapat Aeril !!
Pasangan sweet pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah mereka sering menghiasi kaca TV dan popular di laman sosial.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. Tidak dinafikan rupa paras kedua-dua anak ini mewarisi kecantikan ibu dan ketampanan bapa mereka.
Sekiranya anda pengikut Aeril di akaun Instagramnya, pasti anda sering melihat gambar dan menonton video yang dimuatnaik oleh Aeril di laman sosialnya itu.
Aeril juga suka memuatnaik gambar atau video rakaman mengusik dan menyakat isterinya. Kali ini Aeril menyakat Wawa di ruangan komen. Alahai sempat lagi tu. Sweet !!
Menerusi akaun Instagram, Wawa mempromosikan produknya dengan mengatakan 10 orang yang bertuah yang komen akan bertemu dengannya dan Aeril. Menurut Wawa, mereka akan datang ke rumah pemenang yang bertuah itu.
” OMG jumpa aeril zafrel, ok nak tangkap gambar sikit bang.. siapa nak jumpa aeril? boleh la beli #wawatravelkit atau komen je kat bawah.. “
” Kita nak pilih 10 org followers bertuah .. nnt kami tekan loceng rumah korang tau..”
Apa yang menariknya Aeril sempat menyakat isterinya di ruangan komen. Komen Aeril ini mencuri perhatian peminat dan menerima banyak like dan respon.
Komen Aeril turut mendapat respon balas daripada isterinya. Alahai sweet je pasangan bahagia ini bergurau kan !!
Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Aeril menyakat Wawa. Antara komen-komen peminat :
” @aeril_zafrel @w4w4_zainal, ada yg kena tidur luar malam ni.. “
” @aeril_zafrel ak gelak guling tang komen ni.. “
” Wawa cantik la and aeril handsome pulak tu.. “
” Berani dia kata wawa tk cantik. Hahahaha.. “
” Gila x cantik… tahap cntik x taw nk habaq dah.. “
” @aeril_zafrel masalahnya jumpa wawa depan depan tetap nampak cantik ja ni. S4kit kah mata ini.. “
Alahai sweet sangat Aeril dan Wawa kan. Nasiblah Wawa, dapat suami kuat menyakat. Gurau senda itu kan pengikat hubungan suami isteri.
Kami di Berita Kopak mendoakan pasangan Aeril dan Wawa hidup bahagia bersama anak-anak sampai ke Jannah. Aminnn..
Silakan SHARE..
Sumber : Wawa Zainal by Berita Kopak
Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..