” Manjanya Jemyma dengan ayah dia.. “

Gelagat Anak Fasha Sandha, Putri Jemyma Yang Sangat Manja Dengan Ayah Barunya, Aidil Aziz Buat Ramai Yang Kagum Dan Terharu !!

Pelakon cantik jelita Fasha Sandha atau pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan telah selamat bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz pada hujung 30 Mac yang lalu.

Ramai sedia maklum, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012. Namun begitu jodoh antara mereka tidak panjang, akhirnya mereka berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal Ramli (Rayfal) berusia 6 tahun dan Putri Raysha Jemaima (Jemyma), 5 tahun.

Namun begitu hubungan Fasha dan Jejai masih baik seperti sahabat walaupun tidak lagi bersama demi anak-anak kesayangan mereka.

Apa yang menariknya, hubungan Rayfal dan Jemyma dengan ayah baru mereka, Aidil sangat rapat sejak sebelum Aidil berkahwin dengan Fasha lagi. Kini mereka sudah tinggal bersama, pastinya ukhuwah yang terjalin semakin bertambah erat.

Menerusi akaun Instagram, Aidil berkongsi video semasa majlis berbuka puasa di rumah sahabar baik mereka, Rita Sosilawati. Dalam video berkenaan, Jemyma yang manis berhijab duduk di atas riba Aidil sambil memeluk ayahnya itu dengan erat.

Jemyma turut mengucup pipi Aidil dan bermain-main dengan muka Aidil. Nampak kemesraan yang terjalin antara anak dan ayah ini sehingga membuatkan ramai yang kagum dan terharu. Alahai sayang betul Jemyma dengan ayah baru dia ni kan.

Kanak-kanak biasanya akan rapat dan mudah mesra dengan orang yang ikhlas melayan dan menyayangi mereka. Untungnya Fasha dapat bersuamikan Aidil yang baik hati dan penyayang ini.

Jom tonton video di bawah :

” Hari ni berbuka di rumah @khamarulkr & @rita_sosilawati. Selamat berbuka.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Jemyma yang sangat manja dengan Aidil. Antara komen-komen peminat :

” MasyaAllah… sweet nya dia dgn ayah.. tentu ayahnya seorang yg baik sgt.. mendoakan keluarga Aidilfasha berbahagia hingga ke syurga.. “

” Comelnya dia.. manja betul dg ayah ye.. semoga menjadi keluarga yg bahagia selamanya.. “

” Sayangnya ank tu dgn awk ye. jaga lah elok2 ank2 ni ada rezeki Allah bagi kat kita.. “

” Manjanya jemyma dgn ayah dia.. soo sweet jemyma nii… aidil please jaga lah baik2 anak2 ni.. bg kasih sayang cukup… Ya Allah semoga ikatan ni kekal… Aamiin…. “

” Manja sangat dah anak tu.. Jaga baik2 ye dan anak yg bakal lahir.. Tahniah.. “

” Manja betul Jemima dgn ayah… ayah pula pandai ambil hati dia…. tahun depan dah jadi kakak.. tk dapat bygkan macamana kakak jeal0us dgn adik.. sweet la.. “

” MasyaaAllah.. manjanya dia… manja mcm dgn ayah kandung sendiri.. “

” Bukan senang nk bina hubungan yg rapat mcm ni.. tahniah aidil.. pandai ambik hati n jaga hati anak2 fasha.. semoga bahagia hingga ke syurga… “

” Manjanya dia, dah tentulah ayhnya baik melayan dia.. kanak2 akn suka dgn yg ikhlas melayan diaorg.. “

Alahai.. sweet sangat hubungan ayah dan anak ini. Nampak keikhlasan di raut wajah Aidil. Anak-anak Fasha tak nampak kekok dengan Aidil, malah Aidil melayan mereka seperti anak kandung sendiri.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ukhuwah ini berkekalan selamanya. Semoga Aidil dan Fasha hidup berbahagia di samping anak-anak tersayang. Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Fasha dan Aidil yang bakal menimang cahaya mata awal tahun depan.

Silakan Share.

Sumber : IG Aidil Aziz by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..