” Semoga apa yang saya bagi ni dapat meringankan beban akak..”
Video Dato’ Aliff Syukri Pergi Menghulurkan Bantuan Kepada Keluarga Yang Makan Nasi dengan Garam. Terima Kasih Dato’, Rakyat Malaysia Memang Prihatin !!!
Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Ditambah lagi pada bulan Ramadhan ini pastinya menerima ganjaran pahala berganda daripada Allah. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya.
Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang.
Mengambil keberkatan di bulan Ramadhan ini, Dato’ Aliff Syukri juga turut mengambil peluang untuk bersedekah dan membuat amal jariah. Sebelum ini Dato’ telah membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan di beberapa buah kampung.
Terdahulu, Dato Aliff Syukri telah menyampaikan hasratnya untuk membantu seorang ibu yang mempunyai 7 orang anak iaitu Puan Marsyila Zakaria. Dato’ Aliff Syukri ingin memberi bantuan dari segi kewangan, bekalan makanan dan juga baju raya. Hasrat Dato’ kini sudah tertunai.
Terbaru, Dato’ Aliff Syukri telah memuat naik beberapa buah video di Instastory miliknya. Video-video tersebut memaparkan beliau telah pergi ke rumah Puan Marsyita bagi menyampaikan hasratnya untuk menghulurkan bantuan. Dato’ Aliff Syukri rasa bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah untuk membantu ibu ini.
Sepanjang berada di kediaman Puan Marsyita, Dato’ sempat bertanya khabar dan mendengar cerita kesus4han dan keper1tan hidup ibu ini dalam membes4r ketujuh-tujuh anaknya dengan hanya bekerja mengambil upah mencuci pakaian jiran.
Ini antara sedutan di dalam video di bawah :
Ini pula adalah video-video yang dikongsikan oleh Dato’ Aliff Syukri di laman Instastory miliknya.
Bersedekahlah kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
Rasulullah SAW bersabda :
” Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya. “
(HR. Muslim)
Alhamdulillah, Terima kasih Dato’ Aliff Syukri di atas sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada golongan asnaf dan juga kepada Puan Marsyita Zakaria ini.
Kami di Berita Kopak mendoakan Dato’ Aliff sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sehari-harian. Amin.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..