” Ya Allah, malunya aku, aku dah tua b4ngka tapi tak baca pun Al-Quran.. “

Video Mila Jirin Berkongsi Kisah Bagaimana Dahulu Dirinya LIAT Untuk Membaca Al-Quran Sehinggalah Ini Yang Terjadi Pada Dirinya Buat Dia Tersed4r.. SUBHANALLAH !!!

Norsyarmilla binti Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Jirin merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima. Beliau berasal dari Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang.

Mila diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Mila telah berkahwin dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada tahun 2015 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohd Arif Zikri.

Kini Mila telah menjadi usahawan berjaya dan mempunyai perniagaan bersama suaminya di dalam bidang katering dan pakej perkahwinan yang dikenali sebagai BIZMILLA.

Mila seringkali memuat naik perniagaan yang beliau lakukan dan aktiviti seharian bersama keluarganya. Namun kali ini perkongsian Mila sangat berbeza.

Sempena sambutan Hari Nuzul al-Quran semalam, Mila telah memuat naik rakaman video IGTV di laman Instagram miliknya. Video yang memaparkan tentang dirinya berkongsi bagaimana ingin memwujudkan rasa seronoknya membaca Alquran pada sesiapa sahaja yang jarang membaca al-Quran.

Mila juga menceritakan bagaimana beliau seketika dulu terlalu liat untuk membaca al-Quran. Sehinggalah beliau terbuka hatinya untuk kembali membaca setelah melihat sebuah rancangan mengaji al-Quran yang terdiri daripada kanak -kanak.

Program tersebut telah membuka hatinya untuk membaca al-quran kerana terdetik di hatinya, kanak-kanak sekecil itu sudah mampu menghafal dan membaca al-Quran dengan baik. Beliau merasa malu pada diri sendiri kerana tidak mampu menghafal dan membaca al-Quran walaupun sudah tua berbanding kanak-kanak tersebut.

Bermula daripada kesedaran itu, Mila mula belajar dan membaca al-quran. Untuk lebih seronok lagi, tambah Mila bacalah al-Quran sekali dengan maksudnya. Ianya akan memberi pemahaman yang lebih baik dan seterusnya menghayati isi kandungan al-Quran dengan lebih jelas.

Banyak lagi kisah-kisah yang diceritakan oleh Mila  di dalam video yang dimuat naik olehnya ini. Mari ikuti perkongsian Mila yang seterusnya pada video di bawah ini. Sama-samalah kita memperolehi manfaat. InshaAllah.

” Macam mana nak wujudkan rasa seronok membaca Al-Quran. Macam mana nak wujudkan rasa seronok membaca Al-Quran.. “

” Pada kita yang jarang jarang membaca Al-Quran ni, moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat. Insya Allah, pada diri saya juga sahabat. “

” Moga kita semua dapat membaca dan belajar Al-Quran dengan Makraj yang betul. InsyaAllah.. Seronok membaca Al-Quran dan tafsir. Alhamdulillah. “

Rata-rata peminat Mila Jirin merasa bersyukur dan ada juga yang mendoakan. Ini komen-komen mereka :

” Ya Saya setuju.. Ramadhan kali ini Allah bukakan hati saya membaca Al Quran beserta terjemahan.. barulah kita paham setiap ayat2 yang kita bacakan ia sampai ke dalam hati dan sanubari. Doakan sy juga istiqamah. ”

” Alhamdulillah.. hidayah milik Allah.. hanya DIA yg tahu gerak hati kita. “

” Alhamdulillah.. smoga Allah SWT sentiasa dkt dgn kite.. jaga kita supaya kite jauh dri melakukan perkara2 yg tidak baik. “

” Alhamdulillah, semoga kita semua istiqamah dlm membaca al quran.. btw cantiknya kamu mila jirin .. sejuk mata memandang. “

” Setuju dgn mila jirin … rasa teruja lgi nak baca baca dan baca alquran setelah mmbca sekali dgn tafsir dan huraiannya, semua ada dlm alquran. Segala galanya ttg hakikat kehidupan dunia dan akh1rat ada ddlm alquran. Allahuakbar.

” Mmg apa yg disampaikan itu, mudah2an membuka hati kita semua yg mgkn masih lek4 lagi ni. Tq Salam Nuzul Quran. “

Semua tahu Al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh dengan petunjuk dan panduan untuk umat manusia menjalani kehidupan. Al-Quran ini telah digunakan sejak berzaman lamanya dan masih suci dan terpelihara sehingga hari ini. Isi di dalamnya tidak pernah berubah dan menampakkan keasliannya.

Ini kerana, Al-Quran merupakan kata-kata yang Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Segala suruhan, perintah dan peraturan telah Allah SWT nyatakan di dalam Al-Quran supaya hambaNya mengikut segala perintahNya dan menghindari segala laranganNya.

Alhamdulillah. Terima kasih Mila Jirin di atas perkongsian ini.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Mila Jirin memperolehi Rahmat daripada Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Mila JIrin by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..