” Tengoklah betapa sayangnya kat adik dia.. “
Lihat Reaksi Fattah Anas Yang Sedang Asyik Bersembang Dan Tiba-Tiba Terdengar Adiknya Menangis Di Belakang. Nak Pujuk Ke Nak Mar0h Tu Anas. Alolololo.. So Sweet !!
Nama adk Fattah Anas tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata ramai yang mengenali anak comel ini. Walaupun bukan anak kepada selebriti ataupun golongan yang dikenali, namun populariti adik Fattah Anas yang mesra dengan panggilan Anas hari ini sudah setanding dengan populariti artis di Malaysia.
Maka tidak hairanlah Fattah Anas yang baru berusia 3 tahun ini sanagt diminati oleh ramai orang. Nama Anas mula-mula dikenali apabila videonya berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik oleh bapanya membuatkan netizen geli hati dengan aksi comelnya.
Gelagat dan keletah Anas sering sahaja mencuit hati peminat-peminat setianya. Sehingga kini akaun Instagram Anas mempunyai sebanyak 731 ribu pengikut yang tidak jemu dan sentiasa menanti update terbaru mengenainya. Bukan satu angka yang sedikit yer.
Papa Anas yang dikenali dengan nama Firdaus juga suka melayan Anas bercakap atau bersembang. Cara Anas berkata-kata betul-betul membuatkan Anas nampak cerdik daripada usianya. Walaupun baru sahaja berusia 3 tahun tapi keyakinan dan sikapnya yang berani sama seperti remaja atau orang dewasa.
Menerusi akaun Instagram, Papa Anas sekali lagi memuatnaik video sedang bersembang dengan Anas di salah satu kedai dobi layan diri.
Apa yang menariknya, ketika bersembang, adik Anas yang dipangku oleh ibunya tiba-tiba menangis.
Reaksi Anas selepas mendengar adik perempuannya itu menangis betul-betul ‘sweet’. Alahai Anas, kecil-kecil lagi dah jadi abang mithali dan ada sikap tanggungjawab. Sayang betul Anas kat adik dia yer. Terbaiklah Anas !!
Jom tonton video di bawah :
” Tengoklah betapa sayangnya kat adik dia.. “
Rata-rata ramai yang memuji tindakan Anas yang sangat prihatin terhadap adiknya walaupun Anas sendiri masih kecil lagi. Antara komen-komen mereka :
” Abg yg baik dan bertanggungjwb… Kecik lg dah terserlah sifat tanggungjwb.. “
” Anas nk pujuk ke nak maroh adik tu senyap? comel la anass.. “‘
” Sye ngn adik sedara sye mcm ni lah kita org berborak.. walaupun umur dia bru 3 thun setengah tpi otak dia mcm budak 8 tahun.. ckp mngalahkan org besar.. “
” Abg mithali betul lah anas nii.. “
” Ahahahha ya Allah comel lah anas niiiii.. “
” Alhamdulillah suka tengok Anas ni. Bijak sgt. Semoga menjadi anak yang soleh Dan berbakti utk parent beso nanti… #spreadthelove #positiveonly.. “
” Nampak sayang sangat kat adik die, pandai bujok adik bia senyap.. “
” Comel la abg anas ni.. Syg kat adik dia.. so sweet.. “
So swetttt… Boleh cair bila tengok aksi Anas ini kan. Apa-apa pun semoga Anas dan adik Anas membesar dengan sihat, menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, agama dan juga negara.
Kepada Papa Anas, abaikan mulut-mulut jah4t yang kata Papa Anas over dan macam-macam lagi serta komen-komen negatif yang lain. Manusia ini akan ada saja yang rasa tak puas hati pada orang lain. Apa yang penting, kami nak tengok video Anas lagi dan lagi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak
Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..