” Lesung pipit tu MasyaAllah cantiknyaaa.. “

Gambar Terbaru Anak Tya Arifin, Azzahra Yang Manis Berlesung Pipit, Buat Ramai Yang Ger4m Dengan Kecomelannya !!

Ramai sedia maklum anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara kita Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid bernikah dengan selebriti cantik dari Indonesia, Tya Ariffin atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Ariffin.

Nama Tya bukan sahaja popular di Indonesia, malah Tya turut mencipta nama di Malaysia. Wajahnya yang cantik jelita dan selalu tersenyum membuatkan dirinya sangat manis dipandang mata.

Hasil perkahwinan Tya dan Asyraf, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang comel bernama Arif Jiwa Asyraf dan baru-baru ini Tya selamat melahirkan anak kedua mereka, seorang bayi perempuan yang diberi nama Azzahra Jiwa Asyraf.

Azzahra kini juga turut mempunyai akaun Instagram seperti abangnya Arif. Sehingga kini akaun Instagram Azzahra mempunyai sebanyak 70.6 ribu pengikut yang sentiasa menantikan update terbaru mengenainya.

Apa yang menariknya, Azzahra juga turut mempunyai lesung pipit seperti ibunya. Walaupun masih kecil, lesung pipit itu jelas kelihatan di wajah comel Azzahra.

Di bawah kami di Berita Kopak akan kongsikan dengan anda beberapa gambar dan video Azzahra yang terbaru yang dimuatnaik oleh Tya di laman Instagram.

” Selamat bersahur UncleOnty.. “

View this post on Instagram

Selamat bersahur UncleOntyđź’•

A post shared by Azzahra Jiwa Asyraf (@azzahrajiwaasyraf) on

” Assalamualaikum UncleOnty. Nama saya Azzahra Jiwa, boleh dipanggil Zahra.. “

” Saat Azzahra berumur 2 hari. Maaf ya postingan kedepannya akan berbau bau bayi.. “

” Jiwaku Arif dan Azzahra @arifjiwaasyraf @azzahrajiwaasyraf.. “

” Ikut muka siapa kah Zahra ? “

” Selamat siang, selamat berpuasa Uncleonty.. “

” Ini UmiTi @ctdk Zahra.. “

” Selamat Pagi UncleOnty. Ini Tok Ayah Zahra.. “

Alahai comelnya Azzahra, sama comel macam abang pipi pau Arif dia kan. Rata-rata peminat memuji kecomelan Azzahra. Antara komen-komen peminat :

” Sorang pipi pao sorang pipi merah sorang ni pipi ada kolam.. “

” Comelnyaaa! Lesung pipit dua2 belah.. “

” Ya Allah, cantik sungguh ciptaanmu Ya Allah, Engkau lindungilah anak ini selalu.. “‘

” Lesung pipit tu menawan.. “

” Comelnya.. ada dimple kiri kanan. Ikut muka ibu dgn abg arif.. “

” Lesung pipi tu MasyaAllah cantiknyaaa.. “

” YaAllah zahra punya lesung pipit dalam betul and dua dua belah ada. Kalau abg @arifjiwaasyraf Lesung pipit dia sebelah je. So cute lah both of you ikut ibu @tyaarifinnw Dia.. “

” Ibu yg manis berlesung pipit, ni copycat, comel sungguh.. “‘

” Subhanallah.. comelnya Zahra manis mcm ibunya.. “

Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Ibu bapa lah yang akan mencorakkannya.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Arif dan Azzahra membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa taat dengan suruhan Allah. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Arifin, Azzahra Jiwa Asyraf by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..