” Ipuuuuu (Siti Sarah) ini la laki you lah.. “

Shuib Sepahtu Kongsi Gambar Masa Kecil, Buat Ramai Yang Terkej0t Dan Tak Percaya. Baca Respon Siti Sarah !!

Pasangan pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin tidak perlu diperkenalkan lagi. Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Mereka bukan sahaja berjaya dalam bidang seni, tapi turut berjaya dalam bidang perniagaan. Pasangan ini memasarkan produk berasaskan madu dan juga kosmetik.

Perniagaan mereka semakin bertambah maju dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan-pelanggan. Siti Sarah pula semakin hari semakin cantik dan manis berhijab sekarang ini.

Menerusi akaun Instagram sebelum ini, Shuib pernah memuatnaik gambarnya semasa kecil. Menerusi gambar itu, Shuib sedang membonceng sebuah motosikal walaupun kakinya kelihatan tidak beberapa nak jejak ke tanah.

Memang sangat berbeza Shuib dahulu dan Shuib sekarang. Bila tengok banyak-banyak kali baru perasan itu sebenarnya Shuib.

Gambar perkongsian Shuib ini mendapat perhatian ramai sehingga memperoleh banyak komen dan juga tanda suka (like).

” Ape ek caption ??? #pershuibofhappyness.. “

Posting ini turut mendapat respon daripada isterinya, Siti Sarah dan juga pelakon Sharnaaz Ahmad :

 

Rata-rata netizen terhibur dengan gambar kenangan yang dikongsikan oleh Shuib. Antara komen-komen netizen :

” Shuib ni ade ade je bahan lawak hahaha.. “

” Lama akak tenung gambar @shuibsepahtu … fikir kebesaran Allah.. tak siapa sangka budak comot ni… Allah anugerahkan rezeki kehidupan yg jauh lebih baik… “

” Hahahahaha zmn kecik pon muka mmg lawak.. “

” Kecik2 muka dh kelakar.. hahaha “

” Bile ko nak bawak motor, tp tetibe baru perasan kaki tak sampai.. “

” @shuibsepahtu nie confirm beb tangan pulas throttle kan lepas tu mulot plak kasi bikin sound prengggg !!! Prengggg !!! Prengggg !!! Eppp ohhh eppp Dunia kanak2 riang … btol x ? “

Dah nama pelawak tu, posting gambar pun melawak juga. Ada je idea nak bagi orang terhibur. Masa kecil-kecil comot-comot tu biasa lah, tak kan terus-terus cantik dan kacak. Betul tak ? Boh0ng lah kalau korang tak pernah com0t. Apa-apa pun, tengok lah siapa Shuib sekarang.

Kami di Berita Kopak mendoakan agar Shuib terus berjaya dalam karier seni dan juga bidang perniagaan. Teruskan menghibur dan menceriakan hari-hari kami dengan lawak-lawak anda.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shuib Sepahtu by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..