” Masya Allah sedapnya.. berlakon pandai, menyanyi pun pandai.. “

Video Naim Daniel Cover Lagu ‘Sesungguhnya’ Nyanyian Raihan, Ramai Yang Kata Merdu Sangat.. Kalau Dah Dengar Mesti Nak dengar Lagi..

Muhammad Naim Daniel bin Baharin atau lebih terkenal sebagai Naim Daniel ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Naim telah lama berkecimpung dalam dunia lakonan ketika beliau masih muda. Beliau juga merupakan lepasan jurusan Pengajian Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Selain itu, Naim selalu membuat “cover” lagu di Instagram beliau dan berjaya menarik minat peminat kerana suaranya yang merdu. Pada 2018, Naim mengeluarkan 2 lagu single berjudul Sekali lagi dan Sempurna. Beliau juga merupakan artis di bawah naungan syarikat rakaman World Peace.

Naim Daniel bukan sahaja hebat dalam nyanyian malah beliau juga berbakat besar dalam bidang lakonan. Tidak hairanlah segala watak yang diberikan kepadanya pasti menjadi dan memberi kesan yang mendalam di hati penonton. Drama terbaru lakonanya dan sedang ditayangkan adalah Drama PIA di saluran TV3.

Membuat cover lagu, bukanlah asing lagi dari diri Naim Daniel. Terbaru Naim Daniel telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Dalam video tersebut memaparkan Naim Daniel telah membuat cover lagu ‘Sesungguhnya’ nyanyian asal kumpulan Raihan.

Pastinya ramai yang mengetahui kumpulan Raihan telah bergandingan dengan Aliff Satar menyanyikan lagu ini. Ramai yang kembali mengimbau zaman kegemilangan kumpulan Raihan suatu ketika dahulu.

Menerusi video tersebut dapat terlihat Naim Daniel menyanyi dengan suara yang sangat merdu dan sedap didengari. Dengan diiringi keyboard Naim Daniel membawa lagu itu dengan sangat baik. Bila sekali dengar mesti akan ingin berulang-ulang kali dengar.

Ini sedikit sedutan daripada video cover tersebut :

Naim Daniel : Sesungguhnya walau kukutip semua permata di dasar lautan..

Naim Daniel : Sesungguhnya walau kusiram dengan air hujan dari tujuh langit pun..

Naim Daniel : Namun cinta tak akan hadir.. Namun rindu tak akan berbunga..

Admin pun tak tahu nak gambarkan bagaimana sedapnya suara Naim Daniel ni, korang dengar sendiri la pada video di bawah ni yer :

” SESUNGGUHNYA 2019 ! raihan international x my brother Aliff Satar ! .May Allah bless us. Aamiin. TAG YOUR FRIENDS !. “

Rata-rata memuji kemerduan nyanyian  lagu Sesungguhnya olehNaim Daniel. Ini antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah suara sedapp dikurniakan Allah swt, semuga Naim lebih berjaya dunia Dan akhirat amin.. Saya amat meminati nain dari kecil hingga kini.. Tahniah agar meneruskan seni yg ada Dan dimiliki.. saya sentiasa doakan Naim, berjaya amin. “

” Lagu sendiri k cover lagu orang k tak peernah tak sedapp. “

” Love terok dgn voice u naim…. moga AJL akn dtg lagu sumpah jadi juara lagu. “

” Belakon pandai , nyanyi pun pandai hebat betul. “

” Masyallah sedapnyee!!. “

” Tolong kutip hati i pls AHAHAHAHAHAH. “

Bakat yang ada pada diri pelakon dan penyanyi Naim Daniel tidak dapat disangkal lagi. Kehebatannya bukan sahaja dalam bidang nyanyian malah juga dalam bidang lakonan.

Tahniah Naim Daniel. Hebat !!

Kami di Berita Kopak mendoakan Naim Daniel terus maju jaya dalam bidang yang diceburi ini dan dipermudahkan dalam urusan seharian. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak

Silakan SHARE.

Sumber : IG Naim Daniel by Berita Kopak.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..