” Ad0ii dia boleh main Bye-Bye pulak, sebab tu akak tak boleh buat benda formal.. “
Video NoorKhiriah Tersebut Perkataan BYE Ketika Menyampai Berita Di Komuniti Awani, Ramai Yang Kata Comel.. Sampai Teleng-Teleng Kepala, Nasib Tak Melat4h Kak Oii !!!
Noorkhiriah binti Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai ialah seorang pelakon dan pelawak. Beliau banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999. Beliau merupakan pemenang 3 kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Karakternya yang kelakar dan mudah mesra menjadikan dirinya mudah didekati rakan artis, krew penggambaran dan juga peminat. Khiriah juga seringkali membuat aksi lawak, di tambah pula mudah melat4h membuat peminatnya selalu terhibur dan tidak kering gusi.
Kemunculannya menerusi drama berjudul Nur telah berjaya menambat hati penonton apatah lagi buat peminat karya seninya. Dua dekad berkecimpung dalam industri sememangnya memberikan Khiriah banyak pengalaman dalam bidang ini.
Pada minggu ini Komuniti AWANI menampilkan pelakon Noorkhiriah sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.
Terbaru, Khiriah telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Khiriah telah berkongsi video rakaman ketika beliau membaca berita di Astro Awani pada hari semalam.
Menurut Khiriah ini adalah pengalaman yang sangat berharga untuk dirinya kerana sudah lama beliau impikan untuk menjadi penyampai berita. Apa yang menarik dalam video tersebut ialah ketika pengakhiran menyampai berita , Khiriah dengan gaya manjanya mengucapkan perkataan BYE.
Khiriah berkata, beliau sudah sedaya upaya untuk mengelakkan daripada mengucapkan perkataan tersebut tetapi akhirnya tetap keluar. Menurutnya, memang sukar baginya untuk melakukan sesuatu yang formal.
Ini sedikit sedutan daripada video tersebut :
Khiriah : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Noorkhiriah Penyampai Komuniti Awani Anda. Macam-macam cerita yang tidak pernah masuk berita…
Khiriah : Dan semua yang ada kaitan dengan komuniti hantarlah kepada kami di Komuniti Awani..
Khiriah : Jumpa lagi malam esok. Bye…
Jom lihat video yang dikongsi oleh Khiriah di bawah ini :
” Dia boleh main BYE.. sebab tu akak tkleh wat mende formal mmg kelaut dalam peginya.. ni puas kepit dik.. sudahnya.. BYE terkeluor. “
” Sesiapa yang ada cerita ttg komuniti sudilah hantar ke Awani Editors Astro.com.my. Cerita anda pasti akan disiarkan 501 Awani komuniti awani 8.15 malam. “
Rata-rata peminat dan pengikut Khiriah memuji kecomelannya membaca berita. Ini komen-komen mereka :
” Siap lentok kepala lagi tu… Bye lentok namanya tu.. Apa2 pun good job. “
” Siap lambai tangan… Bye. HAHAHA. “
” Nasib x. Melat4h kak oiiii…. Pe2 pun lawa ko kak. “
” Comelnyeeee Dia punya bye tu. Hehehehe. “
” Comey bye dia tu lembut je. “
” Kak kepala ko sampai teleng2 kak. “
Dan ini pula video penuh Noorkhiriah membaca berita :
Menjadi penyampai berita bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ianya disempurnakan dengan baik oleh pelakon comel ini . Tahniah Khiriah kerana berani mengambil peluang untuk menjadi penyampai berita di Komuniti Awani.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Khiriah lebih berjaya di dalam bidang yang diceburi dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Noorkhiriah Youtube by Berita Kopak.
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..