” Sumpah cute, alahai Anas ni comel laaaaa. Macam Muka Aaisyah Dhia Rana Anak Che Ta.. “

Ini Hasilnya Bila Papa Fattah Anas ‘Gegirl’kan Anaknya. Macam Tu Agaknya Muka Adik Anas Bila Besar Nanti. Serius Comel G1ler !!

Siapa yang tak kenal Fattah Anas, si cilik yang comel dan pernah viral menjadi ‘meow’ ini ? Video yang dirakam oleh Papanya menjadi viral di media sosial dan seterusnya nama Anas menjadi sebutan ramai.

Selepas video menjadi tular, Anas semakin popular dan sering dijemput sebagai tetamu undangan di station TV dan Radio bersama Papanya, Muhammad Firdaus.

Selain itu Anas juga turut mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun tidak dilahirkan sebagai anak selebriti, sehingga kini akaun Instagram Anas mempunyai seramai 660 ribu pengikut.

Semakin banyak video Anas dimuatnaik oleh papanya, semakin bertambah lah peminat Anas dan mereka tidak jemu-jemu menonton dan menantikan video-video terbaru gelagatnya yang comel itu di Instagram.

Untuk makluman yang masih belum tahu, baru-baru ini ibu Anas selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi perempuan yang diberi nama Aneesa. Gelagat Anas sebelum ini yang ingin memegang adiknya telah kami kongsikan dengan anda.

Menerusi akaun Instagram, Papa Anas memuatnaik video wajah Anas yang di’gegirl’kan menggunakan aplikasi menerusi telefon bimbit. Wajah Anas yang asalnya sudah comel bertukar menjadi bertambah-tambah comel apabila berambut panjang dan berwajah budak perempuan.

Papa Anas membayangkan kemungkinan begini wajah anak keduanya, Aneesa bila besar seusia umur Anas sekarang. Alahai serius comel sangat.

Jom tonton video di bawah :

” Hahahahah malu2 ta1k dalam pampers la anas ni. Bayangkan Baby Aneesa nnti bila besar. Mesti comel kan.. “

Rata-rata peminat memuji kecomelan Anas dan membayangkan wajah adik Anas, Aneesa apabila sudah besar nanti. Mesti comel dan pipi pau macam Anas. Antara komen-komen peminat :

” Hahahahaha Allah.. Subahanallahh jd laki comel mcm pompn pun comel.. “

” Uishh lgi comeyy jd Aneesa.. Hehehe.. “

” Hahahhha cantikkkkk sgt neeeee.. “

” Comel lahaiii… Aneesa versi dah ada rambut… soon… “

” Giler syantekkkk. Hehehe.. adoiiii geyamm sungguh la haii….. “

” Mcm mcm muka aaisyah dhia rana anak che ta.. “

” Sumpah cute. Alamak anas ni comel laaaaa.. “

” Da mcm anak johan si chantiq pun ade.. “

Tak sabar nak tunggu babay Aneesa besar sikit. Mesti comel macam Anas kan. Anas pun tak pernah tak comel, ada saja gelagatnya yang mencuti dan menghiburkan hati.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anas dan baby Aneesa membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan soleheh dan berjaya di dunia serta akhirat.

Semoga banyak lagi video-video menarik Anas selepas ini dikongsikan di akaun Instagram miliknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..