” Wanita haid dibenarkan makan di siang hari bulan Ramadhan walaupun dia mengalami suci pada siang hari tetapi dengan syarat… “

Perkongsian PU Azman Buat Ramai Wanita Yang Buka Mata. Tapi Ayat Last Tu Serius Kelakar. Aduiii Ustaz Ni, Sokmo Buat Lawak !!

Kecanggihan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang buat ilmuwan agama mendekati masyarakat untuk menyampaikan dakwah menerusi media sosial.

Antaranya adalah Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias yang menggunakan media sosial sebagai medan untuk menyebarkan dakwah.

Setiap soalan yang diajukan kebiasaannya dijawab oleh PU Azman secara spontan sambil menyelitkan elemen komedi yang membuatkan ramai yang terhibur dengan apa yang dikongsikan olehnya.

Meskipun jawapan yang diberikan kadangkala tidak masuk akal, kasar dan mengundang tawa, tetapi mesej yang hendak disampaikan diterima dengan jelas serta mudah difahami oleh semua golongan masyarakat.

Menerusi akaun Instagram, PU Azman berkongsi tentang keistimewaan kaum wanita yang sedang haid untuk tidak berpuasa di siang hari pada bualn ramadhan tetapi dengan syarat seperti yang dinyatakan di bawah :

” Bukan sahaja wanita haid, tetapi sesiapa saja yang dibenarkan untuk tidak berpuasa dengan izin syariat seperti wanita nifas, musafir dan s4kit yang menuntut untuk tidak berpuasa.. “

” Mereka ini tidak bermanfaat untuk berpuasa. Maka dibenarkan makan dan minum pada siang harinya [inilah pendapat mazhab Maliki dan Syafie].. “‘

” Tetapi mestilah tidak memperlihatkan perbuatan itu di hadapan orang lain untuk mengelakkan fitnah dan agar tidak menjatuhkan maruah mereka. “

” Ini kerana tiada siapa yang tahu atas alasan apa mereka berbuka puasa melainkan mereka buat pengumuman di tanah lapang dengan mikrofon. ‘ Wei hakak haid wei ‘.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan ayat terakhir PU Azman. Antara komen-komen netizen :

” Baru ritu, ada sorang perempuan ni, rilek je makan time tgh hari sorang² kat cafe. Padahal waktu tgh tu la kami sebagai lelaki² kumpul ramai² sementara tunggu waktu zohor. Tanpa segan silu perempuan makan ngap ngap ngap. haha.. “

” Ayat last tu ustaz kelakar… “

” Sy perempuan rasa m4lu jika nak makan wpun bukan di khalayak ramai… wpun time itu dtg bulan. Sbb da Prinsip waktu Ramadan bulan mulia nie… Jadi menghormati Orang yg berpuasa adalah lebih baik kan.. “

” Haa bole la kat sklh nnti ckp ayat last ustaz tu kat satu klas.. “

” Ustaz sempat lagi melawak.. “

” Haha.. ‘wei hakak haid wei’.. xleh bla betul ustaz.. “

” Kalau kat rmh ni jerit gitu.. satu bangunan bergema ada pulak laungan kata ‘aku pun samaaaa!!’ “

Terima kasih Ustaz atas perkongsian ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman diberi kesihatan yang baik dan urusan untuk menyampaikan dakwah dipermudahkan. Amin…

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..