” Ko jangan ko cantik, ko kahwin dengan putera raja, anak menteri, tidak yer. Ko kena pandai juga buat kerja.. “
Dato’ Aliff Syukri Ajar Anak Berkebun, Tarik Perhatian Netizen..
Nama anak-anak kepada pasangan pengasas produk kosmetik terkenal Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata ramai yang kenal dan tahu semua anak-anak pasangan ini.
Dato’ Aliff dan Datin Shahida dikurniakan 4 orang anak yang bernama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusof Alqardawi. Mereka juga turut mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Ameena Aliffsha.
Ramai sedia maklum, Dato’ Aliff menjalani kehidupan yang susah bersama kakaknya Puan Yatie Sendayu Tinggi semasa zaman kanak-kanak mereka. Mereka diuji dengan masalah kewangan dan macam-macam lagi. Sejak kecil, Dato’ Aliff sudah pandai hidup berdikari.
Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff memuatnaik rakaman video anaknya Qadejah sedang menanam bunga atau pun berkebun di taman rumah mereka. Qadejah masih kecil dan merupakan seorang anak perempuan, tetapi itu bukan alasan untuk Dato’ Aliff memanjakan anaknya.
Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang kaya, tetapi Dato’ Aliff dan Datin Shahida tetap mendidik anak-anak mereka melakukan tugas harian seperti anak orang lain juga. Mereka tidak terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan tidak terlalu bergantung kepada pembantu rumah.
Mereka diajar membuat pelbagai kerja dan tugas yang bersesuaian dengan usia mereka, bak kata Dato’ Aliff sebagai asas kehidupan sepertimana yang dilaluinya sebelum beliau berjaya ke tahap sekarang.
Baca perkongsian Dato’ Aliff dan tonton video di bawah :
” Maafkan abah ya cess @qadejah abah nak ces jadi wanita sempurna … abah harap sebab nak anak2 abah membesar mcm anak orang lain… “
” x nak khayal dgn kesenangan yg abah beri… apa yg abah lalui dulu abah praktikkan bila besar boleh buat mcm2 benda sblum abah sampai ketahap ni.. “
” Sebenarnya saya x nak anak saya terlalu selesa hidup bergantung dgn maid semua senang bangun pagi siap sedia… saya ajar mereka berkebun, buat kerja mcm2 sebagai asas hidup… ”
” Benda2 mcm ni x boleh dapat dari buku dan tgk tv… ni asas hidup… sementara ada rezeki saya senang mereka tumpang senang.
” Esok2 Allah uji dgn dugaan kesusahan sekurangnya mereka tahu buat benda lain utk meneruskan kelangsungan hidup.. “
Rata-rata netizen memuji dan bersetuju dengan cara didikan Dato’ Aliff terhadap anak-anaknya. Antara komen-komen netizen :
” Suka cara dato didik anak2. Supaya tak lupa asal usul. Baguslahhh suka2 !! “
” Terbaik didikan Dato n Datin.. tidak hanyut dan leka dengan kemewahan… “
” Sama mcm ayah sy ddik sy.. Alhamdulillah bila dah kwin.. semua kerja sy boleh buat.. walaupun bukan versi wanita lemah lembut.. “
” Terbaik dato sya suka Cara dato ajar ank buat kja X De suruh maid je.. “
” Betul.. Kene tahu buat semua benda.. Insya allah utk manfaat diri sendiri juga.. Tahniah cess.. “
” Bagus tu datok.. Terbaik cara datok. mendidik anak anak datok berdikari… “
” Terbaik qadejah ni.. dia nampak seorang budak yg matang.. baik.. mudah dgr kata.. untung oitt.. besar nanti boleh jadi menantu yg baik, solehah.. “
Bak kata pepatah kalau melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Terima kasih Dato’ Aliff atas perkongsian ini. Semoga menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana supaya tidak terlalu memanjakan anak-anak agar dapat mendidik mereka menjadi insan yang berguna apabila besar nanti.
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.
Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..