” Astaghfirullahalazim… Hati saya kian seb4k ketika menyaksikan Yana, anak bongsu wanita itu.. “

” Sepanjang saya menalkinkan ibunya, sepanjang itu juga dia sibuk dengan handphonenya. Membuat video di minit-minit terakhir sang ibu. Ya Allah.. “

Bismillah….

“Ibu, tolong ibu saya. Tolong talkinkan ibu saya. Tolong …,” kata Ahmad, anak jiranku, wajahnya mengharap dalam nafas termengah-mengah. Mungkin untuk menuju kemari, dia harus berlari-lari.

Saya terkej0t bukan kepalang mendengar kata-katanya. Memang ibunya sudah s4kit sejak lama. Peny4kit di4bet1s yang dihidapinya telah memamah daya tahan tubuhnya. Kali terakhir saya melihat, beliau sudah tidak dapat berjalan.

Jika kebetulan lalu dan melihatnya terduduk di kerusi roda di beranda rumah, biasanya saya akan menyapa dan berbual sebentar. Bahkan, tadi pagi pun, pulang dari kedai, saya masih sempat menyapanya. Tiba-tiba petang ini saya harus mendengar khabar ini.

“Inna lillahi… oh iya, mari. Eh, sekejap ya,” kata saya. Saya bergegas masuk ke dalam rumah. Menyimpan senduk nasi yang masih tergenggam di tangan. Tadi, laungan keras dari luar membuatkan saya tergesa-gesa membuka pintu. Tanpa sempat berganti baju, saya dengan Ahmad berjalan cepat menuju rumahnya.

Gambar Sekadar Hiasan

Di sini, sebenarnya saya sudah beberapa kali dipanggil untuk menalkinkan orang. Tugas? Bukan. Menunaikan permintaan bantuan para jiran untuk menalkinkan orang dalam keadaan seperti itu, banyak pelajaran yang saya dapat.

Kadang-kadang, seringkali ada pertanyaan yang menghampiri, “Bagaimana kelak keadaan saya saat di situasi seperti itu? Adakah yang bersedia membimbing saya? Apakah saya boleh lulus dalam ujian itu?”. Menak0tkan! Terkadang muncul rasa tak0t membayangkan pertanyaan-pertanyaan ini.

Sampai di sana, beberapa jiran sudah datang terlebih dulu. Saya bergegas menuju tempat berbaring ibunya dan segera duduk di sampingnya. Wanita itu berusia hampir sama dengan saya, enam puluhan, dalam keadaan n4zak. Kini badannya terbaring tidak bermaya. Mulutnya terbuka. Suara nafas terdengar kenc4ng. Saya sentuh kulitnya, sudah mulai sejuk. Mungkin inilah yang bernama detik-detik perjuangan.

Seketika hati ikut terh4ru. Setelah mendekat ke telinganya, perlahan saya bisikkan dua kalimah syahadat. Lalu saya ulangi perlahan untuk membimbingnya. Wanita itu terlihat sukar mengikuti. Atau mungkin tumpuannya sudah separuh pergi. Saya cuba lagi. Kali ini saya bimbing dengan kalimah yang lebih pendek, kalimat tauhid.”Laa Ilaaha illallah ….”

Gambar Sekadar Hiasan

Wanita itu tidak memberikan resp0n. Saya usap kepalanya seraya kembali membacakan kalimat tauhid. Saya ulangi, lagi dan lagi. Sesekali saya selipkan kalimah penyemangat, yang dia akan memenangkan pertar0ngan ini.

“Cuba lagi ya, kita cuba lagi ….”. Hampir setengah jam berlalu. Waktu terasa berjalan sangat lambat. Bersyukur, kerja kerasĀ  mulai membuahkan hasil. Lidahnya semakin boleh mengikuti apa yang saya bacakankan. Tersangkut-sangkut. Penuh kepayahan. Tetapi akhirnya berjaya.

Jangan tanya lagi air mata saya keluar. Mengalir ketika melihat kesungguhan perjuangan seorang manusia, untuk terakhir kalinya. Sampai perjuangan itu mencapai puncaknya. Setelah mengucap kalimah tauhid, deru nafas di dada semakin lama semakin lemah dan akhirnya terhenti. Wanita itu telah pergi kepada pemilik sejati.

Dua anaknya, Ahmad dan Yana, menangis seb4k. Ratapan mereka terasa menyay4t hati. Air mata saya juga mengalir perlahan. Sekalipun wajah tenang ibu mereka menghadapi detik terakhir, tetap saja, seindah apapun sebuah kem4tian, keseedihan tetap akan menguasainya. Kerana jasad tidak akan bersua lagi untuk selama-lamanya.

Petang menjelang maghrib,urusan pemandian jen4zah telah selesai. Saya memohon diri untuk pulang ke rumah. Menurutnya, malam ini juga jen4zah ibunya akan dikub0rkan.

Gambar Sekadar Hiasan

“Ahmad, makcik pulang dulu sebentar, ya. Mahu angkat kain yang tadi masih di luar. Nanti selepas maghrib makcik datang lagi,” kata saya pada Ahmad. Ahmad berkali-kali mengucapkan terima kasih. Dia mahu menghantar saya pulang, tetapi saya men0lak. Alhamdulillah saya masih diberi kesihatan. Saya terus melangkah pulang.

Sesampainya di rumah, saya lekas mengangkat kain, mandi, kemudian sembahyang maghrib. Selesai solat, tanpa diminta kenangan tadi bermain di ingatan. Ketika menalkinkan tadi, tumpuan saya sempat agak terjejas. Beberapa kali saya harus melihat kenyataan … ahh! membuatkan hati ini sedikit kes4l.

Beberapa orang jiran yang melawat, sesekali mengarahkan handphone mereka untuk mengambil gambar. Dalam keadaan wanita itu sedang dalam kesukaran.

Aduhai… untuk apa?. Kenang-kenangan?. Bukankah masih banyak cara untuk mengenang?. Bukankah lebih baik memberi kenangan yang paling penting, dengan menyokong perju4ngannya?
“Mari ikut mendo’akan.” Seru hati saya ketika itu.

Astaghfirullah… Hati saya kian sebak, ketika menyaksikan Yana, anak bongsu wanita itu, sepanjang saya menalkinkan ibunya, sepanjang itu pula dia sibuk dengan handphonenya. Membuat video di minit-minit terakhir sang ibu, seraya satu tangan berkali-kali menyeka air mata.

Gambar Sekadar Hiasan

Duhai, Sayang. Ini ibumu sedang berjuang. Tidak inginkah kamu memberi kekuatan untuk ibumu. Setidaknya supaya beliau mampu bertahan, dari ser4ngan sy4itan yang akan terus membel0kkan lidahnya, di saat-saat terakhirnya. Ambil tempat saya, Sayang …

Sedarlah, Nak. Hanya untuk sebuah kenangan yang bertahun kemudian akan menghilang, kamu tukar dengan sesuatu yang tidak tergantikan. Peluang.

Peluang berbakti sepenuh hati, ketika tubuhnya masih boleh kamu lihat. Peluang mewujudkan cinta, menuntunkan kalimah tauhid sebagai bekal kehidupan alam selanjutnya.
Iya, nak, berilah bekal itu, bimbinglah ibumu,

Saya ingin berpesan untuk anak-anak saya. Jika saat itu tiba, Talkinkan ibumu ini, sehingga aku pergi kepada pemilik sejati. Percayalah, Saya lebih memerlukan itu. Saya sangat memerlukan itu. Saya ingin suara anak-anak saya yang membimbing saya. Malam itu saya ingin menelefon anak-anak saya untuk menyampaikan permintaan ini- “Talkinkan aku, anakku …”

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media dari sebuah kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustazah. Nama-nama di dalam artikel ini bukanlah nama sebenar dan adalah samaran semata-mata.