” Adik bawah jambatan tu dah dapat kerja. Menangis dan baik sanagt anak muda itu. Dia happy sangat, syukur pada Allah.. “

Alhamdulillah… Perkongsian Ustaz Ebit Buat Ramai Yang Sebak !!

Pendakwah terkenal dan penceramah motivasi, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang terkapai-kapai dalam ‘kegelapan’ demi untuk membawa mereka ke kembali ke pangkal jalan seperti remaja bermasalah dan juga golongan LGBT.

Tidak pernah sekali beliau mengeluarkan kata-kata yang kasar dan menghina golongan yang tersasar atau dengan kata lain telah jauh dari agama. Malah Ustaz Ebit selalu mendampingi golongan ini dan mengajak mereka kembali ke jalan yang diredhai.

Ustaz Ebit Lew seorang pendakwah yang selalu melihat dan melawat tempat yang jarang kita tahu kehidupan di sebaliknya. Beliau senantiasa mengajak masyarakat ke jalan kebaikan dengan cara dan gaya beliau yang lembut dan sangat berhemah.

Pendekatan Ustaz Ebit secara sopan dan berhemah itu sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang pernah didekatinya atau yang dibantu olehnya. Ustaz Ebit sangat terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit berkongsi berita gembira mengenai seorang pemuda yang pernah dijumpainya di bawah jambatan sebelum ini telah mendapat kerja. Lelaki itu juga dapat kemudahan untuk tinggal di asrama dan tidak lagi tidur di bawah jambatan seperti sebelum ini.

Ustaz Ebit juga berkongsi pengalamannya menziarahi pes4kit ment4l dan kemur0ngan. Perkongsian Ustaz Ebit membuatkan ramai yang terharu dengan usaha gigih Ustaz Ebit dan beberapa pihak yang lain untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan dipermudahkan oleh Allah.

Baca perkongsian Ustaz Ebit dan tonton video di bawah :

” Nak tahu tak adik bawah jambatan tu dah ada kerja.. gaji pun boleh tahan. Terima kaseh sahabat yang bantu beri kerja yang baik. Menangis dan baik sangat anak muda itu.. “

” Dia happy sangat. Syukur pada Allah. Sape sangka ari tu bawah jambatan kini dah ada kerja baik yang tetap dan ada asrama semuanya.. “

” Sebak bila ziarah pes4kit ment4l dan kemur0ngan. Belajar ujian s4kit ini tanpa sedar ada yang ingin membun0h diri. Pelbagai jenis s4kit ment4l. Ia sangat berat kerana orang nampak mereka tak s4kit.. ”

” Ada yang rasa macam jantung nak tercab0t. ya Allah. Semoga disembuhkan Allah semuanya. Keluarga dan masyarakat kita sama-sama memberi sokongan dan doakan mereka.. “

” Paling syahdu mereka yang pernah diuji dan sembuh menjadi pengasas dan terus kuat dengan membuka pusat membantu sahabat yang lain mendapatkan rawatan dr pakar ps1katari dan menjadi kumpulan sokongan dari semua segi @miasa.malaysia @qaiserdarussalam Allahu.. ”

” Banyak yang saya belajar dari mereka ini semua. Ramai yang selalu dengar ceramah saya. Terharu rasa dapat jadi sebahagian kecil dalam memberi motivasi pada mereka. Saksikan door to door ebitlew setiap sabtu 7.30 malam – Ebit Lew.. “

View this post on Instagram

Nak tahu tak adik bawah jambatan tu dah ada kerja..gaji pun boleh tahan 😊.Terima kaseh sahabat yang bantu beri kerja yang baik. Menangis dan baik sangat anak muda itu. Dia happy sangar. Syukur pada Allah. Sape sangka ari tu bawah jambatan kini dah ada kerja baik yang tetap dan ada asrama semuanya . Sebak bila ziarah pesakit mental dan kemurungan. Belajar ujian sakit ini tanpa sedar ada yang ingin membunuh diri. Pelbagai jenis sakit mental. Ia sangat berat kerana orang nampak mereka tak sakit. Ada yang rasa macam jantung nak tercabut.ya Allah. Semoga disembuhkan Allah semuanya. Keluarga dan masyarakat kita sama-sama memberi sokongan dan doakan mereka . Paling syahdu mereka yang pernah diuji dan sembuh menjadi pengasas dan terus kuat dengan membuka pusat membantu sahabat yang lain mendapatkan rawatan dr pakar psikatari dan menjadi kumpulan sokongan dari semua segi @miasa.malaysia @qaiserdarussalam Allahu. Banyak yang saya belajar dari mereka ini semua. Ramai yang selalu dengar ceramah saya. Terharu rasa dapat jadi sebahagian kecil dalam memberi motivasi pada mereka. Saksikan door to door ebitlew setiap sabtu 7.30malam-ebitlew #astroaosis #doortodoorebitlew #ziarahPesakitMental #kemurungan #AllahSayang

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian Ustaz Ebit. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah, moga kita sama sama berjaya di dunia dan akhirat, aamiin ya Allah.. “

” Terima kasih ustaz .. Kalau ustaz x tolong saye .. Sye tak jumpe life saye .. Terima kasih banyak² .. Allah je yang boleh balas jasa ustaz .. “

” Masyallah..semoga ustaz diberi kesihatan yg baik dan rezeki yg luas.. “

” Alhamdulillah… moga Allah berikan ustaz kekuatan dan kesihatan yg baik utk terus berdakwah.. “

” Allahuakbar .. alhamdulillah.. ya Allah berkati dan rahmati ustaz ebit n team.. dan semoga org2 susah mendpt rezki yg halal yg barakah.. terimaksih Allah.. “

” Alhamdulilah, semoga Allah permudahkan setiap langkah dakwah ustaz.. “

” Alhamdulillah Allah htr ustaz sebagai perantara.. smg adik tu berjaya dunia & akhirat.. “

Terima kasih Ustaz Ebit di atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Semoga dapat memberi manfaat dan menjadi sumber inspirasi kepada semua yang di luar sana. Semoga ramai lagi yang bermurah hati membantu golongan yang memerlukan.

Silakan SHARE..

Sumber : Ustaz Ebit by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..