” Syukur Azal sudah ditemui .. “

Video Azal Anak Zarina Zainuddin Sudah Ditemui Setelah Tidak Pulang Ke Rumah, Ini Jawapannya Ke Mana Azal Menghilang !!!

Zarina binti Zainuddin merupakan seorang pelakon wanita di negara ini. Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak.

Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban , Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Liyana Sulaiman.

Perkahwinannya dengan Dato’ Sri Dr Abu Raihan Wan Jaafar telah dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai, Muhammad Naim Azrai, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil).

Rata-rata ramai yang tahu Azal dan Azil merupakan anak yang aut1sme yang istimewa. Namun semua itu tidak menghalang Zarina untuk memperkenalkan anak-anaknya kepada umum. Malah kisah Zarina boleh dijadikan sumber inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana.

Terbaru, Zarina Zainuddin dalam laman Instagram miliknya telah memuat naik sebuah video. Video tersebut adalah video rakamannya sendiri yang dimuat naik untuk memberitahu anaknya Azal tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya akan berbuka puasa bersama-sama.

Hal ini mendatangkan kerisauan Zarina dan suaminya serta ahli keluarga yang lain. Menurut Zarina, dia dan suami sudah banyak kali menghubungi telefon Azal, tetapi masih tiada jawapan daripada Azal.

Menurutnya lagi, sekiranya sesiapa yang menemuai atau terjumpa anaknya itu, bolehlah menghubungi dirinya sekeluarga. Zarina terlalu risau dan sebak bila memberitahu hal itu.

Zarina : Nak bagitahu, kalau sesiapa nampak azal, tolong hubungi saya yer, kitaorang semua nak pergi cari dia. Azal tak balik hari ini berbuka puasa di rumah.

Jom lihat video di bawah ini :

” Azal dari tadi tak balik rumah biasanya dia balik untuk berbuka puasa. “

Rata-rata peminat dan pengikut Zarina mendoakan keselamatan Azal. Ini komen dan doa-doa mereka :

” Moga Allah permudahkan segala urusan akk mencari azal. “

” Semoga allah lindungi azal dan selamat kembali ke rumah… serta dipermudahkan segala urusan mencari azal ya “

” Moga di prmudahkn urusan kak ina sekeluarga dan smoga azal di lindungi Allah sllu “

” Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga. inshaAllah azal baik2 saja nanti “

” Semoge azal selamat..didoakan semoge dipermudhkan urusan akak sekelurga..aminn. “

” Insyaallah azal selamat..apa2 perkembangan azal update ye..semuga azal selamat..insyaallah. “

Selepas beberapa minit selepas itu, Zarina telah memuat naik video IGTV di entri terbarunya di laman Instagram. Zarina menyatakan Azal sudah pun ditemui. Dalam video tersebut, Azal ditanyakan dengan pelbagai soalan oleh ibu dan ayahnya. Azal menjawab setiap persoalan dengan jujur.

Zarina : Kenapa mesej tak jawab dan telefon tak angkat..

Azal : Saya busy.. busy.. busy pasal Instastory..

Zarina : Awak jangan macam ni .. awak kena balik..

Zarina : awak berbuka di mana tadi ..

Azal : Saya berbuka di fast food di seksyen 15..

Zarina : Halal tak ..

Azal : Halal..halal..

Jom tonton video di bawah :

” Azal bz buat Instastory. “

View this post on Instagram

azal oh azal

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Alhamdulillah syukur tak jadi apa-apa pada Azal ye. Kami di Berita Kopak mendoakan Azal sentiasa dilindungi Allah selalu dan menjadi penyejuk hati ayah dan ibu hendaknya. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..