” Kalaulah sampai video ni kat abang Grab tu, saya hanya nak cakap.. “

Video Cerita  Issey Tentang Abang Grab Yang Ditemuinya Malam Tadi, Sangat Menyent0h Hati Sehingga Men1tis Air Matanya.. 

Fazlisham bin Mat Hussin atau lebih dikenali sebagai Issey Titan ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Hot FM (2016–2018) dan Suria FM. Beliau merupakan anggota kumpulan lawak Titan dalam Bintang Mencari Bintang.

Beliau pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat Dikir Akademi Arjunasukma, di mana beliau mengambil peranan sebagai tukang karut untuk Konsert Lentera Timur oleh penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Istana Budaya pada Oktober 2013.

Rezekinya bukan sahaja di dunia lakonan malahan dalam bidang pengacaraan dan juruhebah radio. Selepas 3 Juara, penyampai radio Hot.FM itu kini mengendalikan program Mentor Milenia buat kali kedua bersama penyanyi cantik, Marsha Londoh.

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri dalam kehidupan ini.  Momen-momen indah pastinya menjadi kenangan yang sangat berharga dalam melewati kehidupan mendatang. Begitu juga apa yang telah dilalui oleh Issey ini.

Menerusi entri terbarunya, Issey telah memuat naik sebuah video rakamannya sendiri di laman Instagram miliknya. Di dalam video tersebut Issey telah menceritakan tentang seorang abang Grab Yang dikenali sebangai abang Wan yang Issey temui malam tadi ketika perjalannya dari Kampung Baru ke Damansara.

Menurut Issey sepanjang perjalanan itu, pemandu Grab itu langsung tidak mengenali dirinya ini adalah seorang selebriti. Mereka bekongsi cerita tentang diri masing-masing. Apa yang menarik sepanjang perjalanan itu telah menjadi medan luahan perasaan.

Issey ingin menyatakan rasa bangganya kepada abang tersebut kerana abang Grab itu bekerja 24 jam membawa Grab untuk mengumpul dana mendirikan rumahtangga.

Cerita Issey lagi, abang tersebut sangat baik melayannya dan sentiasa tersenyum walaupun pada riak wajah abang tersebut nampak sangat penat.

Sedikit sedutan video tersebut :

Issey : Cerita ringkas tetang abang Grab, Masuk jer kereta dia, kereta dia wangi g1le..

Issey : Diwajah abang tu nampak penat tau, tapi dia berusaha untuk senyum jer..

Issey : Saya doakan untuk abang berjaya kahwin cepat, dan saya sangat respek dengan abang kerana berusaha untuk menghalalkan pasangan. Kalau la sampai video ni kat abang Saya RESPEK abang !!! Assalamualaikum..

Di akhir cerita Issey, jelas beliau sangat terharu, penemuannya dengan abang pemandu Grab tersebut telah membuatnya rasa kagum dan terkesima dengan semangat yang ada pada abang tersebut.

Jom tonton video yang penuh inspirasi di bawah ini, dengar apa yang Issey ceritakan, walaupun ringkas tapi berisi :

” Cerita ringkas Abang Grab Perjalanan Kampung Baru – Damansara, jadi medan luahan perasaan. Antara abang grab dan issey. “

Rata-rata pengikut Issey turut mendoakan Issey dan abang pemandu Grab tersebut. Ini komen-komen mereka :

” Nampak mcm bergenang sikit ek bila ckp dia tak kenal saya..”

” Wow terbaik abang tu “

” Semoga hang pun murah rezeki & bahagia selalu sey “

” Semoga dipermudahkan Urusannya Dan Dimurahkan rezekinyaa dirahmati Allah Selalu .Ameen “

” Semoga urusan abg wan dgn isseyfazlisham dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. Aminn. “

Terima kasih Issey atas perkongsian cerita ini. Sangat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja di luar sana. Untuk memperolehi kejayaan dan menjayakan cita-cita semuanya datang dari usaha yang gigih.

Kami di Berita Kopak mendoakan Issey dan Abang Wan (pemandu Grab) dipermudahkan segala urusan oleh Allah dan mecapai apa sahaja cita-cita yang diinginkan. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Issey Fazlisham by Berita Kopak.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..